Upload

Loading icon Loading...

This video is unavailable.

Promo Kem Asas Sukarelawan & Jatidiri (SAKTI 6) 2012

Sign in to YouTube

Sign in with your Google Account (YouTube, Google+, Gmail, Orkut, Picasa, or Chrome) to like gptdtv's video.

Sign in to YouTube

Sign in with your Google Account (YouTube, Google+, Gmail, Orkut, Picasa, or Chrome) to dislike gptdtv's video.

Sign in to YouTube

Sign in with your Google Account (YouTube, Google+, Gmail, Orkut, Picasa, or Chrome) to add gptdtv's video to your playlist.

Published on Mar 29, 2012

Kembara sukarelawan antarabangsa bermula di sini!!!

Kini anda juga berpeluang untuk diserapkan ke dalam aktiviti kesukarelaan di pentas antarabangsa, khususnya di Asia dan Eropah!

Anda juga bakal menikmati keindahan flora dan fauna yang memukau di sepanjang kem ini. Ayuh rebutlah peluang yang bakal merubah hidup anda!

Temui mereka dan ramai lagi di KEM SAKTI 6, antaranya:
- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
(Motivator, Pengarah Urusan STC, penulis buku 'best-seller' termasuk 'Aku Terima Nikahnya')

- Saudara Jufitri Joha
(Pemenang Anugerah Belia Negara -Kepimpinan- Negeri Sembilan 2007, Eksekutif SPKB, Aktivis Belia Antarabangsa)

- Nor Helmee Zainal Abidin
(Pengarah Urusan Bil Hikmah Sdn. Bhd, Penerbit ar-Risalah TV9, Pengarah/Penerbit Jemputan Umrah Astro Oasis)

- Ustazah Nur Aqidah
(Peserta Program Ustazah Pilihan Astro Oasis)
________________________________________­_______________________

Kem Asas Sukarelawan & Jatidiri (SAKTI 6) 2012
Tarikh: 20-22 April 2012
Tempat: Syamille Agro Farm & Resort, Kati, Kuala Kangsar, Perak.
Sasaran Peserta: Pelajar IPT & belia berumur antara 16-29 tahun.

Objektif:
1. Mendedahkan peserta kepada aktiviti kesukarelaan di dalam dan di luar negara.
2. Membina keyakinan diri dengan mendasari kepentingan ilmu di dalam kehidupan seharian.
3. Membentuk peribadi belia yang mampu menjadi agen perubahan positif di dalam masyarakat.

Aktiviti:
- Pembentangan Tetamu Jemputan
- Aktiviti Berkumpulan
- Kembara Air Terjun
- Diskusi Grup
- Riadah Bermodul
- Solat Berjemaah & Qiamullail

Yuran: RM250 seorang (termasuk kit peserta, t-shirt, penginapan, makanan & aktiviti sepanjang program).

Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Sekretariat GPTD di talian 012-6980568 / 013-2225608 / 03-41084500

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 April 2012
________________________________________­________________________


Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) ditubuhkan pada tahun 2001. Grup ini ditubuhkan bagi melahirkan sukarelawan di peringkat lokal dan global. Lima projek perintis telah dilancarkan semenjak penubuhannya iaitu Projek Jejak Ketamadunan di Sepanyol, Turki, Perancis-Afrika, dan China; serta Projek Khidmat Sosial di Christmas Island dan Cocos Island (Australia).

Sehingga kini, GPTD telah berjaya melaksanakan lebih daripada 30 misi di 18 buah negara termasuklah Sepanyol, Turki, China, Australia, Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Laos dan Kemboja.

Di antara tokoh yang terpilih di dalam misi penjejakan GPTD adalah Wali Songo, Laksamana Cheng Ho, Buya HAMKA, Badiuzzaman Said Nursi, Tariq bin Ziyad, Sultan Muhammad al-Fatih, Ibnu Battuta & Salahuddin al-Ayyubi.

http://.gptd.blogspot.com
www.facebook.com/gptdhq
gptdhq@gmail.com

Loading icon Loading...

Loading icon Loading...

Loading icon Loading...

Loading icon Loading...

Ratings have been disabled for this video.
Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.

Loading icon Loading...

Advertisement
Loading...
Working...
to add this to Watch Later

Add to