KHAIRY - PERBAHASAN KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMK-9 PART 3

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
2,517
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jul 30, 2008

7) Semangat asal Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu dikekalkan selaras dengan teras ketiga Misi Nasional. Walaupun saya setuju dengan cadangan awal daripada Ahli Parlimen Pasir Mas agar Kongres Ekonomi Bumiputera dianjurkan untuk membincangkan soal masa depan Bumiputera, saya juga telah mencadangkan agar Kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN ) ketiga kerana isu-isu DEB dan Kontrak Sosial ini bukan hanya terhad kepada masyarakat Bumiputera. Ini merupakan isu besar yang perlu dibincang bersama dengan masyarakat bukan Bumiputera agar mereka memahami sensitiviti kaum Bumiputera dan betapa pentingnya DEB dan Kontrak Sosial diteruskan dan dihormati. Khususnya generasi muda tidak mengira kaum perlu ada pemahaman terhadap DEB dan Kontrak Sosial

8) Matlamat DEB jelas dan adil. Teras utama DEB adalah pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Usaha penyusunan semula masyarakat juga merupakan langkah murni untuk memastikan semua sektor ekonomi mencerminkan profil penduduk Malaysia. Yang perlu diperkemaskan bukannya matlamat DEB tetapi perlaksanaannya. Dalam Perhimpunan UMNO juga, YAB Perdana Menteri selaku Presiden UMNO pernah sebut tentang masalah ketirisan dalam DEB yang perlu diatasi.

9) Merujuk kepada perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, saya telah bangkitkan isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan penambahan biasiswa JPA keluar negeri untuk pelajar-pelajar cemerlang bukan Bumiputera sebanyak 700 tempat. Walaupun saya setuju biasiswa JPA diberi kepada lebih ramai pelajar bukan Bumiputera yang layak, saya tidak setuju jika tambahan ini datangnya dari kuota Bumiputera. Dalam hal ini, penambahan sebanyak 700 biasiswa kepada pelajar-pelajar bukan Bumiputera datang dari kuota Bumiputera kerana tiada penambahan pada jumlah besar biasiswa JPA iaitu sebanyak 2,000, sepatutnya penambahan biasiswa diberikan melalui proses enlarging the cake, dengan izin, dan bukannya berdasarkan prinsip zero-sum allocation, dengan mengurangkan kuota biasiswa Bumiputera.

10) Isu ini menyentuh perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebab soal biasiswa Kerajaan untuk pelajar-pelajar Bumiputera dikhaskan mengikut kuasa mutlak Yang Dipertuan Agong dan Tuanku mempunyai budibicara untuk menentukan nisbah pemberian biasiswa Kerajaan kepada Bumiputera dan Bukan Bumiputera. Sebelum ini, nisbah bagi biasiswa JPA adalah 90:10, memihak kepada Bumiputera. Dengan penambahan biasiswa kepada bukan Bumiputera tanpa peningkatan jumlah besar, nisbah baru adalah 55:45 kepada Bumiputera sedangkan bilangan penduduk Bumiputera adalah 67%.

11) Justeru, saya mencadangkan agar jumlah keseluruhan bagi biasiswa JPA ditambah. Saya setuju pelajar-pelajar cemerlang bukan Bumiputera diberi biasiswa JPA dengan syarat nisbah pengagihan pemberian biasiswa itu lebih adil. Dengan erti kata yang lain, Kerajaan perlu tambah peruntukan untuk biasiswa JPA kerana saya percaya ini merupaka pelaburan yang berbaloi dan memberi pulangan jangka masa sederhana yang jauh lebih bermakna daripada pelaburan asal.

12) Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mengurangkan ketagihan negara terhadap subsidi tidak produktif atau strategik, saya juga mencadangkan agar ketagihan sektor-sektor ekonomi negara terhadap pekerja asing ini juga perlu dikurangkan. Saya bangkitkan perkara ini kerana jelas bahawa hasrat Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada pekerja asing dengan otomasi dan juga meningkatkan rantaian nilai tidak berjaya sepenuhnya. Contohnya, pada tahun 1999 terdapat 242,000 pekerja asing yang berdaftar tetapi angka tersebut meningkat sebanyak 767% pada tahun 2008 dengan jumlah 2.1 juta. Dalam sektor pembuatan yang sepatutnya melaksanakan proses otomasi dengan menyeluruh, bilangan pekerja asing meningkat sebanyak 1,625% dari tahun 1990 ke 2004. Perkara yang menjadi lebih merisaukan ialah dalam sektor perkhidmatan bilangan pekerja asing meningkat sebanyak 350% pada tempoh yang sama. Bilangan ini merangkumi pekerja-pekerja asing yang berkhidmat di restoran-restoran dan hotel-hotel. Tanpa dikesan oleh rakyat, pekerja asing sudah meresap di setiap sektor ekonomi dan ini mewujudkan satu masalah ketidak seimbangan dan kebergantungan yang bukan hanya membawa masalah ekonomi dari sudut daya saing negara tetapi juga gejala sosial yang meningkat akibat kehadiran pekerja-pekerja ini yang meningkat. Di samping itu, kebergantungan berterusan kepada pekerja asing akan mengurangkan insentif untuk kita menjana ekonomi berdasarkan inovasi, nilai tambah dan produktiviti dan mengakibatkan kita berada di takuk lama persaingan yang lebih menjurus kepada kos operasi.

13) Saya juga berniat untuk menyentuh tentang Dasar Tenaga Nasional yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapannya di Parlimen tetapi tidak sempat membentangkannya oleh kerana kesuntukan masa yang ditetapkan oleh Dewan Rakyat. Namun, saya akan membawa perbahasan tentang Dasar Tenaga Nasional dalam sesi akan datang.

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 2 dislikes

All Comments

Adding comments has been disabled for this video.

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more