Uploaded by matbinabadan on Aug 7, 2011
http://www.jombinabadan.up.to - BERITA HANGAT! Manchester United mendiamkan 'jiran bising' mereka, Manchester City selepas menang 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik yang menyaksikan Red Devils bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum berjaya mempertahankan kejuaraan Perisai Komuniti di Stadium Wembley, malam tadi.
Jom bina otot pantas dalam 5 langkah di http://www.jombinabadan.up.to
Ketika perlawanan seolah-olah bakal ditentukan menerusi sepakan penalti, Nani muncul hero United dengan ledakan jaringan kemenangan pada minit ke-94. Pemain sayap Portugal itu turut menyumbangkan gol kedua United.
Nani menghukum kelalaian ketua pasukan City, Vincent Kompany di tengah padang sebelum membawa bola dengan pantas ke gawang lawan, memperdaya penjaga golnya, Joe Hart dan menolak masuk untuk memberi kemenangan kepada pasukannya, sekali gus melaungkan amaran awal kepada pencabarnya musim ini.
Meskipun menguasai permainan sejak sepak mula, United terlebih dahulu tersentak dengan jaringan pembukaan City menerusi tandukan cantik Joleon Lescott pada minit ke-38 selepas menerima umpanan David Silva hasil sepakan percuma dari luar kotak.
Penyerang Bosnia, Edin Dzeko menggandakan kedudukan City sebelum rehat dengan rembatan rendah kencang menewaskan penjaga gol baru United, David De Gea buat kali kedua dalam tempoh tujuh minit. Jika De Gea boleh dimaafkan untuk gol pertama kerana tidak mampu berbuat apa-apa, gol kedua sememangnya berpunca daripada respons lambatnya dan dia tidak sepatutnya ditewaskan dari jarak itu.
Sekiranya City menyangka mereka sudah selesa, mereka silap. Babak kedua jelas berat sebelah memihak kepada United. Kemasukan Tom Cleverly, Johnny Evans dan pemain pertahanan baru, Phil Jones menggantikan Rio Ferdinand, Nemanja Vidic dan Michael Carrick nyata mengubah rentak United.
Juara Liga Perdana itu tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan apabila gol yang dicari-cari itu muncul pada minit ke-52 menerusi Chris Smalling yang menyudahkan hantaran cantik hasil sepakan percuma Ashley Young dengan sepakan voli dari jarak dekat.
Selang lima minit kemudian, gol penyamaan muncul dengan rangkaian serangan United yang dikemudi Wayne Rooney memberikan pengajaran berguna kepada barisan pertahanan City. Gandingan Rooney, Cleverly dan Nani bertukar empat hantaran pendek dalam kotak penalti yang dikawal ketat sebelum Nani menyudahkan dengan sepakan lambung menewaskan Hart di sebelah kanan gawang.
Keputusan Ferguson meninggalkan penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov di bangku simpanan dan menggandingkan Danny Welbeck dengan Rooney di bahagian serangan membuahkan hasil apabila penyerang skuad Bawah 21 England itu mempamerkan aksi meyakinkan. Welbeck juga membuktikan keputusan Fabio Capello memanggilnya ke skuad England semalam sebagai tepat.
United telah membuktikan keunggulannya dalam perlawanan ini sementara City yang walaupun disokong dengan sumber kewangan tidak terhad, masih perlu bekerja keras sekiranya berhasrat merapatkan jurang dengan musuh sejirannya.
Statistik perlawanan menceritakan segala-galanya, United dengan 56 peratus penguasaan bola serta 21 cubaan berbanding City dengan hanya lapan. - AGENSI
-
1 likes, 0 dislikes
-
Contains content from: MyVideoRights (MVR3)
0:50
David de Gea warms up before Paul Scholes Testimonialby workbench360Featured Video165,874 views
3:54
Manchester United vs MLS All Stars 4-0 All Goals and Highlightsby MrFutbolHD200,024 views
2:45
Penjaga gol Terbaik [ Top 10 ]by KiroEmarosa290,904 views
1:02
Man Utd 2 0 Velencia *cleverly*by cheesePROtm23,218 views
3:42
Joe Hart - THE KING OF THE GOALKEEPERS!by XXDPMASTERXX11,773 views
0:50
Chelsea Vs Malaysia Drogba Goal Highlightsby innlai19,967 views
6:14
David Beckham - Best Free Kicks In The World. ( HD)by lightyagami1520103,416,928 views
0:42
Welbeck's first goal for Man Unitedby cronaldo00399,474 views
2:23
Manchester City vs Mancester United Discussion of the Last Matchesby theMysticalTS1,265,905 views
1:15
Ajaib Benar - Penjaga gol terpantas.flvby ajaibbenar1,025,771 views
3:25
Highlight Bursaspor 0 - 3 Manchester United (Liga Champions)by VIVABOLACOM1,406 views
4:52
David DE GEA saves compilation - christinayanby christinayan0193,825 views
4:16
Liputan6 - Ridho Rhoma, antara Bola dan Wanitaby jaka0205025,919 views
0:57
Rooney, gol terbaik, MU vs AC Milan - PES 2011 in Balarupaby pesgamer176,324 views
3:21
goal cantikby hanz5621736 views
8:09
Manchester United vs. Manchester City 3:2, 8/6/2011 - FA Community Shield (Match highlights)by WiskiForFootbal20,531 views
0:47
Goal cantik persib ke gawang bontang fcby omaki69849 views
6:22
Antara Gol Terbaik Dalam Sejarah Bola Sepak...by FiQHaiDzir753,479 views
0:32
Free kick syafiq rahim - Malaysia vs Arsenal Asia Tour 2011by TheMiqwa179,205 views
3:47
10 Penyelamatan Fantastis Oleh Kiper Kelas Dunia..flvby ewinicha477,517 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)