KUALA LUMPUR 20 Mei -- Pemuda UMNO hari ini menyatakan ikrarnya untuk mempertahankan akhbar Utusan Malaysia dan memberi amaran kepada mana-mana pihak khususnya pembangkang agar tidak berterusan mencemuh akhbar berkenaan.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid pada sidang medianya berkata, pergerakan itu seramai 700,000 ahli di seluruh negara sedia mempertahankan akhbar berkenaan dan sama sekali tidak akan membiarkan ianya menjadi mainan kepada mana-mana pihak.
"Kami di peringkat Pemuda sedia mempertahankan habis-habisan Utusan Malaysia dan mana-mana pihak termasuk pembangkang atau sesiapa sahaja untuk mencemuh akhbar ini di mana-mana- di seluruh negara. Pemuda UMNO seramai 700,000 ahlinya akan pertahankan dan kami tidak akan biarkan akhbar ini dipermain-mainkan oleh anak-anak muda pembangkang yang tidak tahu sejarah .
"Mereka harus ingat sejarah telah membuktikan bahawa Utusan Malaysia yang ditubuhkan pada 1939 merupakan wadah yang menyatukan orang Melayu dan menyatukan seluruh rakyat Malaya. Akhbar ini telah banyak berjasa pada kita dan ianya harus kita pertahankan.
Baca Lanjut di: http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=1...
Link to this comment:
All Comments (0)