Uploaded by paskemaman on May 3, 2010
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan mana-mana wilayah Malaysia diserahkan pada pihak luar, maka perbuatan kabinet menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei Darussalam dianggap perbuatan derhaka kepada kedaulatan negara.Kalau Perkara 2, Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja.
Ini bagi saya suatu penderhakaan kepada negara kerana Perlembagaan memperlihatkan bahawa tidak pernah ada tolak ansur dalam melepaskan kedaulatan negara, ujarnya pada sidang media di lobi Dewan Negara, tengah hari ini.
Turut serta ialah Senator Mohd Yusof Husin dan Senator Mumtaz Mohd Nawi.
Menurut beliau, Perkara 2 Perlembahaan Persekutuan hanya membenarkan Parlimen membuat ketetapan untuk menerima masuk mana-mana negeri dalam Persekutuan.
Perkara 2 juga, menurut Mahfuz, membenarnya Parlimen membuat persempadanan semula negeri-negeri di bawah Persekutuan, dengan syarat mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Majlis Raja-raja.
Mengambil kes persempadanan semula Wilayah Persekutuan Putrajaya, beliau berkata, kerajaan Pusat akhirnya akur dengan mendapatkan persetujuan Dun Selangor dan Sultan Selangor, walaupun pada awalnya kerajaan Pusat terus masyhurkan suatu kawasan dalam negeri Selangor sebagai Persekutuan.
Disebabkan itu, dengan merujuk pada pengakuan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjelaskan bahawa penyerahan dua telaga minyak tersebut diluluskan oleh kabinet, beliau menggesa kerajaan Pusat menjelaskan kaedah yang digunakan oleh Kuala Lumpur ketika memeterai perjanjian persefahaman dengan Bandar Seri Begawan.
Tambahnya lagi, walaupun perjanjian dibuat pada 11 Februari 2009, iaitu era Abdullah menjadi Perdana Menteri, namun perjanjian persefahaman ditandatangani antara kedua-dua kerajaan pada 16 Mac 2009, iaitu ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Sehubungan itu, Najib selaku ketua kerajaan tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri serta menganggap bahawa isu terbabit adalah isu terpencil yang melibatkan Abdullah semata-mata.
Dari segi yang lain, Mahfuz turut mempersoal tindak-tanduk kerajaan membatalkan perjanjian persefahaman dengan Murphy Oil, iaitu syarikat perdagangan minyak antarabangsa demi memastikan hasrat menyerahkan kedua-dua telaga minyak tersebut kepada Brunei.
Menurut beliau, dengan pembatalan sedemikian, sekaligus mencalar reputasi Petronas, sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bergiat dalam industri petroleum di peringkat dunia.
(Dengan) pembatalan ini, bukan sahaja integriti kerajaan dilihat musnah, malah Petronas selaku GLC yang bergiat di peringkat antarabangsa pun turut dipersoal apabila mereka berurusan dengan negara-negara pengeluar minyak.
Dunia akan tanya Patronas, sekiranya perjanjian dengan Murphy Oil pun kerajaan boleh batalkan, apakah jaminan Petronas sekiranya ia (Petronas) dilantik untuk membangunkan industri minyak di negara-negara yang dia berurusan, beliau menambah.
Tuntas dari itu, beliau bercadang untuk mengetengahkan perkara itu kepada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebelum membuat usul supaya suatu sidang Dewan Rakyat tergempar diadakan demi membincangkan isu penderhakaan tersebut.
- TranungKite.Net
Category:
Tags:
License:
Standard YouTube License
-
4 likes, 0 dislikes
6:26
WORLD'S LARGEST WATER VILLAGE, BRUNEI, SOUTH EAST ASIAby globalvideopro13,994 views
6:22
The Sabah Storyby Daxlight3,137 views
1:37
Sultans of Bruneiby MadMonarchist15,885 views
3:04
Kesan Tentang Pangeran Brunei dan Malaysiaby WongBusan40,254 views
1:50
Limbangby ehkia20105,031 views
0:58
His Majesty the Sultan and Yang Di Pertuan of Brunei Darussalam left Jakartaby bruneifm6,988 views
6:48
Penemuan Telaga Minyak Di To' Uban Pasir Mas Kelantanby kelateforever27,235 views
7:05
Bukti Jelas Najib Merasuah Rakyat Dan Cabuli Pilihanrayaby paskemaman14,351 views
0:47
MALAYSIA - VS - BRUNEIby malaysianews15,387 views
9:02
DASAR LUAR NEGARA ZAMAN TUN RAZAKby DmanRosli574 views
4:34
Sultan Brunai bertanggungjawab (2)by BBcatlover22,544 views
8:11
Arrival of the Foreign Minister of Brunei Darussalam.wmvby CHOGM200933,377 views
9:59
Lim Kit Siang, PC @ Tawau, Limbang oil Block, RCI PDRMby dapsabah1,234 views
2:07
AMBALAT : MINYAK, GAS BUKAN MILIK INDON. Malaysia tidak IKTIRAF Sempadan , Peta Dibuat OLEH INDON.by MalinGenGTEAM197027,171 views
10:16
Senator Mumtaz Bahas RMK-10 (1)by mppas20083,161 views
3:34
Asal-usul Melayuby malaysianews84,311 views
1:15
Najib vs Sultan Brunei (hudud)by zakistudios10,670 views
4:54
Azrina's Weddingby n5zm61,330 views
1:51
Sandakan Drag 2011 putatan vs bruneiby mrkgulu15,636 views
2:29
Sequence 061-2010-07-23 Hudud Ala PASby pad1jantan2,171 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)