UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI
Daripada Abu Said al-Khudri radiallahu anhu berkata, Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.
Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?
Nabi saw menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka?
(Hadis riwayat Imam Muslim)
APA LANGKAH-LANGKAH YAHUDI & NASRANI YANG DIMAKSUDKAN?
Menolak isi kitab suci
Ada yang menolak keseluruhan dan ada yang menolak sebahagian iaitu dengan memilih apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka.
Menabikan orang yang bukan nabi
Percaya ada lagi rasul dan nabi yang lahir selepas Nabi Muhammad saw.
Mengaku dirinya utusan Tuhan
Mendakwa diri sendiri sebagai rasul ataupun nabi. Mendakwa dirinya menerima wahyu.
Menolak nabi
Iaitu dengan cara tidak mempercayai hadith-hadith Rasulullah saw. Dikenali sebagai golongan anti-hadith.
Menolak jumhur ulama
Iaitu dengan menyeru manusia supaya terus mentafsirkan al-Quran dan hadith tanpa melalui tafsiran para ulama.
Hidup secara sekular
Memisahkan agama daripada kehidupan. Agama hanya untuk tempat agama. Rumah ibadah hanya untuk ibadah.
Buat versi-versi kitab suci
Percaya al-Quran yang ada ini sebagai tidak lengkap ataupun sudah diubahsuai.
Banyak buang masa
Memanjangkan isu-isu yang sudah ada keputusan secara terbuka. Ini membuatkan umat semakin berpecah-belah.
Suka mencapai matlamat dengan cara membunuh
Percaya agama akan terbela dengan cara yang melibatkan terkorbannya jiwa-jiwa manusia. Dakwah untuk mengIslamkan manusia sudah dipinggirkan.
Menolak para sahabat Nabi
Umat Yahudi dan Kristian menolak para hawari.
Umat Islam ada yang memusuhi para sahabat terutamanya kaum Syiah.
Menghias-hias rumah ibadah
Berbangga dengan kecantikan, kecanggihan dan kualiti bahan binaan rumah-rumah ibadah, bukannya kerana meriahnya ia dengan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
Percaya kepada penghapusan dosa.
Penyaliban Jesus dipercayai untuk menghapuskan dosa. Ada pula kumpulan paderi yang boleh menghapuskan dosa.
Dalam Islam, ada kumpulan-kumpulan sesat yang menjalankan upacara penghapusan dosa.
Redha pada hubungan sejenis.
Semakin banyak tokoh agama Kristian menghalalkan hubungan sejenis. Gereja-gereja yang mengahwinkan sesama jenis juga semakin bertambah.
Ada umat Islam yang mula meredhai hubungan sejenis asasi nama hak asasi manusia.
Percaya semua agama sama
Semua agama betul. Semua sembah Tuhan yang sama cuma dengan cara berlainan. Yahudi menyokong agama Bahai. Sultan Akbar di India wujudkan agama baru gabungan Islam, Hindu, Buddha dan lain-lain.
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/
Umat Nasrani percaya Nabi Isa itu anak Allah.
Umat Islam percaya Hadis Nabi Muhd. itu perkataan Allah.
Apabila nama Allah saja diseru hati mereka yg tidak percaya akan
hari akhirat berpaling keblakang
tetapi bila nama selaian nama Allah di seru berserta Nya
mereka hati mereka menjadi tenang. (Az Zumar 39:45)
mahariism 8 months ago
tidak ada manusia yg hidup kekal..renungkan......
1982Mie 1 year ago
Saudaraku, sungguh apa yang kamu katakan tak ada didalam bible, tolong tunjukkan ayatnya jgn menafsirkan yang nggak ada nanti kami menambah banyak orang yg masuk ke neraka. Yang dikatakan Tuhan Yesus setelah Ia naik surga di akan datang Roh Kudus yang menuntun murid-muridNya untuk memberikan kesaksian2 di Yerusalem, Samaria dan seluruh ujung bumi. Datanglah pada Yesus kalo ingin mendapat keselamatan untuk Hidup Yang Kekal. Hanya Dia satu2nya jalan keselamatan. Amin
john57784 1 year ago
just for share :
Di kitab Wahyu, nabi itu adalah Nabi Isa, bukan yang lain, yang akan datang sebagai Hakim yang adil dan pembela bagi pengikutnya,
setelah Nabi Isa, yang ditunggu oleh umat nasrani bukan seorang nabi,
tapi seorang penghibur yang menyertai dan memberi kekuatan termasuk petunjuk, yaitu.
"ROH KUDUS"
GOD BLESS YOU..
44kouki 2 years ago