Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Khairy Jamaluddin: mahu inisiatif khas golongan muda dalam Bajet 2010

Loading...

Sign in or sign up now!
1,574
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Oct 13, 2009

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan inisiatif khas untuk generasi muda, termasuk mereka yang baru memulakan penghidupan berkeluarga sebagai salah satu teras utama Bajet 2010 yang akan dibentangkan 23 Oktober ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata antara masalah utama orang muda hari ini terutama yang berhijrah ke bandar adalah peluang pekerjaan yang tidak menentu, kemudahan perumahan yang tidak terancang dan kurang penglibatan sivik.

"Tidak dinafikan, ramai di kalangan mereka mendapat peluang


pendidikan yang disediakan kerajaan sehingga memiliki ijazah, diploma atau sekurang-kurangnya sijil.

"Namun, apabila mereka gagal memperoleh peluang pekerjaan

dan menganggur, sering kali kita mendengar dakwaan yang menyalahkan orang muda - tidak cukup bijak, tidak fasih berkomunikasi dan tidak berkeyakinan. Ini menuntut

kita mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan mereka," katanya dalam ucapan dasarnya pada Persidangan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Khairy berkata antara inisiatif khas berkenaan ialah:




* Peluang perkerjaan lebih luas serta berkualiti tinggi terutama di sektor strategik seperti perkhidmatan, teknologi maklumat dan bio-teknologi;



* Peluang latihan sepanjang hayat untuk meningkatkan kemahiran seperti penguasaan bahasa antarabangsa dan teknologi terkini;




* Pinjaman khas untuk usahawan muda, terutamanya bagi mengatasi halangan modal perniagaan di peringkat start-up atau permulaan serta bagi menggalakkan penyertaan mereka di sektor-sektor baru yang berteknologi tinggi dan mempunyai nilai tambah kepada ekonomi;




* Sokongan bagi gerak kerja sukarelawan dan pembangunan kebajikan komuniti; serta




* Menambahkan lagi peluang pekerjaan untuk pelajar lepasan aliran teknikal dan vokasional.




Beliau berkata, pada masa sama, Pemuda juga prihatin dengan nasib golongan muda yang baru sahaja memulakan hidup berkeluarga, mereka yang baru bekerja dan mempunyai

pelbagai tanggungan, termasuklah membantu ibu bapa dan membayar pinjaman pendidikan.

Sehubungan itu, katanya pergerakan itu mencadangkan kerajaan menimbangkan pemberian inisiatif kepada golongan terbabit iaitu:




* Menubuhkan tabung untuk pinjaman perumahan dengan kadar faedah yang terendah untuk beberapa tahun pertama agar orang muda yang baru berkahwin mampu memiliki rumah;




* Memberi diskaun istimewa untuk kereta nasional kepada mereka yang mempunyai anak pertama dan baru hendak memiliki kereta;




* Memperuntukkan RM200 bagi anak pertama setiap keluarga sebagai simpanan permulaan Tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional; dan




* Menawarkan baucar membeli barangan keperluan asas bayi seperti susu dan lampin.

  • likes, 1 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (3)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • nak bagi ucapan untuk pemuda pon kena bace text ke??cm2 bek sohh ak bace je.ssah sgt?

  • setuju...........!

Loading...

0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more