Musical Fountain @ Perdana Park ~ The Dancing Water Part 1~

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
861 views
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Mar 26, 2011

Rakaman pertunjukan "Musical Fountain" pada 19 Mac 2011. Seminggu sebelum - anak-anak saya agak terkilan kerana sudah sampai, duduk dan menunggu akhirnya pekerja taman bagitau yang tiada pertunjukan pada malam tu. Sudahnya, saya dan suami kembali lagi selepas seminggu (kebetulan cuti sekolah) membawa anak-anak. Alhamdulillah... berbaloi-baloi :)))

Sekilas pandang:
Taman Ujana Perdana Park, Tanjung Aru merupakan salah sebuah taman rekreasi yang terbaru di Kota Kinabalu dan telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada 28 Januari 2011.

Taman yang dibina dan dikendalikan oleh Timatch Sdn. Bhd. ini amat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Selain menyediakan "joging track" yang boleh tahan luasnya, taman permainan untuk kanak-kanak juga turut disediakan. Dan, pada sebelah malam seawal jam 7.00 petang pertunjukan "Musical Fountain" disajikan kepada para pengunjung.

Lokasi taman ini juga amat strategik kerana dibina berhampiran kawasan perumahan dengan hanya 2KM dari bandar Kota Kinabalu. Taman ini juga sangat hampir dengan Medan Selera dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Kawasan tempat letak kereta juga amat selesa dengan kadar parkir yang berpatutan. Apa yang menarik perhatian saya ialah taman ini amat bersih dan terjaga serta prihatin kepada para pengunjung yang kurang upaya.

Saksikan "The Dancing Water Part 2" untuk rakaman seterusnya :)

Muzik latar klip video : "Aci-Aci Buka Pintu" sebuah lagu Tan Sri P. Ramlee dipersembahkan secara ekslusif oleh The Bolshoi Ballet Theatre Orchestra dalam album The Bolshoi Ballet Theatre Orchestra of Tashkent Presents Tan Sri P. Ramlee.

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (2)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • @nefcity ya, best kan... :)

  • ooo... ini kah tu musical fountain... bestnyaaaaa...

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more