http://din.huluselangor.net/?p=5164
Polis hari ini menafikan gambar yang tersebar menerusi media sosial kononnya seorang lelaki yang sedang terbaring dan sesak nafas di atas jalan raya ketika perhimpunan haram Sabtu lalu, adalah Allahyarham Baharudin Ahmad.
Gambar berkenaan disebar pihak tidak bertanggungjawab.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara Bahagian Perhubungan Awam, PDRM, ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan telah dijalankan dan pihaknya mengenal pasti gambar serta video yang tersebar menerusi media sosial adalah gambar palsu.
Bagi menjelaskan situasi sebenar, gambar Allahyarham Baharudin turut diedarkan.
Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mempercayai gambar dan video palsu yang disebarkan dengan niat cuba menjejaskan imej PDRM serta mempolitikkan isu berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam satu sidang media Ahad lalu, mengesahkan bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menyertai perhimpunan haram, 9 Julai lalu.
Sebelum ini, beberapa blog pro-pembangkang memaparkan foto seorang lelaki lain dan mengaitkannya sebagai Allahyarham Baharudin.
Lelaki yang tidak dikenali itu juga dipaparkan dalam video dengan tajuk "Doa terakhir arwah Baharudin."
sudah mati ka? banyak sedih looo
txr150 2 months ago
mananya vid doa terakhir arwah? x jumpe pon
maryamzainal 8 months ago