Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengumumkan telah bersiap sedia dengan jentera dan strategi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu sudah menetapkan strategi dan hala tuju dengan mensasarkan pengundi muda lelaki untuk pilihan raya kali ini.
"Pemuda Umno sudah sampai peringkat terakhir siap-siagaan. Kita dalam keadaan 90 peratus telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya,
"Cuma tinggal 10 peratus dan ada sedikit-sebanyak tugas yang saya berikan kepada mereka untuk dilaksanakan sepanjang bulan Januari dan Februari ini," kata Khairy pada sidang media selepas memberi taklimat persiapan kepada jentera pilihan raya umumnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Lagi http://umno-online.com/?p=53414
Transformasi pun tak tau? Kecik2 tak tgk transformer kot? Bukan macam reformasi, nak reform (tukar) yg lama ke baru tp yg kepala nak tukar tu pun lama.. tukar la sekali
GelombangBiruPenang 1 month ago
golongan muda dah memberontak menentang kerajaan di universiti sekarang..so apa tindakan pemuda Umno??
peminatbolaklate 1 month ago
kenapa kepimpinan pemuda ramai yang boroi aaaa?
KamalZSO 1 month ago
transformasi? orang kampung tak faham...tidak banyak effect kat mereka..
KamalZSO 1 month ago
strategi pertama : kj tidak akan bertanding! kalau bertanding, alamat tak dapatlah undi dari golongan orang muda
KamalZSO 1 month ago