Pidato adalah satu senjata yang amat ampuh untuk menaikkan semangat dan kesedaran Bangsa Melayu untuk berjuang bagi membina kembali empayar kegemilangan bangsa. Pidato Nusantara adalah Khazanah Melayu yang telah lama tengelam dan perlu ditimbulkan semula bagi mengembalikan jati diri Bangsa Melayu. Perjuangan ini bukanlah perjuangan persorangan akan tetapi perjuangan seluruh Bangsa Melayu,
Hari ini adalah perjuangan,
Esok adalah pengharapan,
dan lusa adalah kemenangan.
Keistimewaan Pidato Melayu Nusantara adalah seni bahasanya yang indah merangkumi penggunaan falsafah, pantun, sajak, peribahasa, ayat Al-Quran, Hadis, pepatah dan nyanyian yang digarapkan bersama di dalam sebuah pidato.
Seorang pemidato hebat sentiasa bersedia untuk menyampaikan pidatonya pada bila-bila masa atas apa jua tajuk secara spontan dan tanpa penggunaan teks ucapan.
Seperti kata falsafah Melayu " Cara untuk mendapatkan ilmu adalah dengan belajar dan cara mempertajamkan ilmu itu pula adalah dengan latihan demi latihan. "
Kehebatan dan keunggulan Pidato Melayu Nusantara digambarkan secara jelas di dalam sebuah sajak yang bertajuk Gemersik Nusantara.
Disebalik tirai kencana yang berlabuh
Ada segugus jiwa yang meronta
Menebar titisan ilmu ke pelusuk nusantara
Bergegar, bergetar dan bergermesik di persada dunia
Wahai Bangsaku
Persejagatan bahasa pidato mu
Telah melayari lautan
Keperkasaan jurus pidato mu
Telah menyelusuri benua
Kegagahan gibran pidatomu
Telah menawan nusantara
Keunggulan getar pidatomu
Telah mewarna merata kota
Wahai Bangsaku
Pidato Nusantara
Telah membijaksanakan berfikir
Memandu minda mengatur budaya
Memercikan mutiara ilmu
Mengangkat martabat warga
Di persada negara di pentas dunia
Pidato Nusantara jernih santun pidato melayu
Derhaka guru tidak sekali
Budi bahasa dijaga rapi
ketajamannya tidak terperi
Pidato Nusantara adalah pidato bangsaku
Jauhkan daripada penindasan dan kecelakaannya
Hindarkannya daripada keraguaan dan kebinasaannya
Kerana pidato bangsa ku adalah satu
Pidato akar melayu yang bersatu
bagus.....pidato ni
METRUSFLORYZ 1 year ago