Uploaded by BHonline1 on Aug 30, 2009
KUALA LUMPUR: Biarpun ringkas dan sederhana, impak sambutan ulang tahun ke-52 kemerdekaan negara peringkat nasional hari ini tidak kurang dan tetap bersemarak dengan semangat 1Malaysia apabila pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan keturunan bersama-sama meraikannya.
Bertemakan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan", perayaan Hari Kemerdekaan kali ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila buat julung kali di dalam sejarah sambutannya diadakan di Dataran Parlimen yang menjadi simbol demokrasi negara.
Dataran Parlimen yang sering menjadi lokasi acara menyambut pembesar luar, hari ini diwarnai dengan persembahan peserta berpakaian warna warni serta anggota pasukan keselamatan yang segak dengan seragam masing-masing.
Perhimpunan perbarisan bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, tepat jam 8 pagi.
Kira-kira 10 minit sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman, tiba di perkarangan Parlimen.
Ketibaan tetamu kehormat disambut lambaian dan sorakan kira-kira 10,000 kontinjen pelambai yang berbaris di sepanjang jalan kira-kira 1.38 kilometer, bermula dari Bulatan Bank Negara Malaysia (BNM) hingga ke perkarangan Dataran Parlimen.Kontinjen pelambai itu terdiri daripada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)seramai 210 orang, kementerian dan agensi awam (300), 28 kontinjen badan-badan berkanun (300), kontinjen swasta (992), kontinjen pelatih institut perguruan seluruh Malaysia (3,500) dan kontinjen khalayak kelolaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (5,000).
Sebaik tiba, Yang di-Pertuan Agong menerima tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja di bawah pimpinan Mejar Zailani Mohd Okhtat.
Pada masa sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat, TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)sambil melepaskan asap berwarna merah, biru dan kuning yang melambangkan warna bendera Malaysia.
Seri Paduka kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Radzi Othman.
Acara diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang serentak dengan nyanyian lagu Negaraku dan tembakan meriam 14 das sebelum bacaan ikrar Rukun Negara dilafazkan oleh tujuh warga pendidik diketuai Norazmi Baba yang mewakili kaum utama di Malaysia.
Bacaan ikrar turut diiringi 52 peserta yang juga warga pendidik, berpakaian pelbagai kaum sebagai simbolik kemerdekaan negara yang ke-52.
Turut sama melafazkan ikrar ialah 500 anggota kontinjen keselamatan dari pasukan Tentera Darat, TUDM, TLDM, PDRM dan APMM yang diketuai Leftenan Kolonel Hishamudin Jumat Abas Jumat.
Laungan "merdeka" sebanyak tujuh kali, diikuti laungan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" kemudian bergema di seluruh kawasan dan disambut orang ramai yang tidak melepaskan peluang mengikuti upacara gilang-gemilang itu di kawasan luar Parlimen.
Sambutan kali ini turut diserikan dengan nyanyian koir daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang mendendangkan lagu patriotik "Malaysia Tanah Airku".
Sebagai persembahan penutup, nyanyian koir Suara Warisan (Koswa), TLDM, Lumut menyemarakkan lagi Jalur Gemilang dan 1Malaysia bagi mengiringi persembahan 200 peserta persembahan rakyat yang menampilkan pelbagai gerak tari budaya.
Sambutan yang berlangsung kira-kira 40 minit itu hanya memperlihatkan elemen penting seperti perbarisan dan persembahan rakyat tanpa perarakan besar-besaran dan pembabitan kontinjen kanak-kanak sekolah seperti tahun-tahun sebelum ini, berikutan kebimbangan penularan wabak influenza A(H1N1) dan bagi menghormati Ramadan
-
5 likes, 1 dislikes
9:41
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52, 2009 (PART 1/4)by wmsif5,569 views
8:19
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52, 2009 (PART 4/4)by wmsif19,102 views
2:42
Perarakan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-51by puterinyah8,500 views
2:01
Pancaragam PDRM Terhebatby amboazlan37,202 views
10:36
Merdeka 2010 : Rejimen Askar Melayu Dirajaby TheTanggang15,126 views
1:20
Komando 69, 10 Briged Para dan Sukhoiby catherinegoodhope253,562 views
0:21
Perbarisan Tentera Darat Malaysia (TDM) 2011 (17).by Ibnisabr742,456 views
3:11
MERDEKA Negaraku Malaysia 52 Tahun 2009by satuMALAYSIA6,237 views
1:33
Perbarisan 14 RAMDby ColdCode33,997 views
1:17
maritim malaysiaby kuhairu11854,189 views
3:08
1MALAYSIA SONG Together We Celebrate Merdekaby satuMALAYSIA52,267 views
0:59
Raptai Panji2 Rejimen Askar Melayu Di-Raja 2010by Ibnisabr7411,418 views
1:22
Negaraku (Hari Kemerdekaan Ke-49)by seantero13,076 views
1:25
Iklan Hari Kemerdekaan Petronas 2009by xerophyll16,343 views
0:45
KETIBAAN AGONG 14 FEB 2011.MOVby amirazoe58,601 views
3:07
Darah Satria (1983) - lagu temaby khysweb217,477 views
1:54
Birthday of SBP Yang di-Pertuan Agong (His Majesty)by mcwood759,484 views
1:30
Upacara Perkahwinan Pegawai Polis DiRaja Malaysiaby janjanos14,985 views
8:12
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52, 2009 (PART 3/4)by wmsif3,954 views
1:47
Malaysian Maritime Enforcement Agency Newly Graduated Commando Squad-RTM1 Berita Nasional 8 Malamby mcwood7532,904 views
- Loading more suggestions...
@chandra7191 tak kisah la kau nak anggap apapun... sebagai warga malaysia tentera kami tetap terbaik, kami bangga lahir sebagai rakyat malaysia,.....
TheBeutyndabeast 7 months ago
@chandra7191 MATI LA INDOGAY!!
kensukekudo1 1 year ago
@BFY4306 >iyelah napak betul muke malingnya...wkwkwkwkwkwkwkwkkkk........
chandra7191 1 year ago
@kucai978988 >terbaik apanya....tentra malingsial....gk ada apa2nya...jauh di bandingkn dgn negara2 lain....tentra malingsial...gk termasuk daftar best militer sedunia.
chandra7191 1 year ago
Angkatan Tentera Malaysia tetap terbaik dan penuh tradisi!!!
kucai978988 2 years ago 2
Wahh muke shahrin Sanat depan sekali....
BFY4306 2 years ago