Kalupis merupakan sejenis makanan tradisi masyarakat Brunei di Sabah. Kebiasaannya makanan tradisi ini dibuat secara bergotong-royong semasa majlis keramaian tertentu seperti majlis perkahwinan. Kalupis juga dihidangkan semasa menyambut hari raya. Makanan ini dibuat menggunakan beras pulut, sedikit garam, santan, daun pandan dan dibungkus menggunakan daun silat atau daun nyirik untuk menghasilkan bau yang wangi. Biasanya kalupis sedap dimakan bersama kari daging atau rendang.
All Comments