Uploaded by nasiruddien on Aug 19, 2008
DI MANA ALLAH?
Allah telah menjelaskan dengan firmanNya bahawa dijadikan al-Quran dalam Bahasa Arab agar mudah difahami oleh para hambaNya.
"Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka". (QS. Ibrahim 14:4).
"Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya bahasa 'Ajam, sedangkan al-Quran adalah dalam Bahasa Arab yang terang". (QS. An-Nahl, 16:103).
"Sesungguhnya Kami menjadikan al-Quran dalam Bahasa Arab supaya kamu memahami(nya)". (QS. Az-Zukhruf. 43:3).
Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa bahasa al-Quran adalah bahasa yang jelas agar kita mudah memahaminya, maka sudah pasti firman Allah di bawah ini dapat difahami dengan mudah iaitu firmanNya:
"Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya". (QS. Taha, 20:5).
"Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Al-A'raaf, 7:54).
"Sesungguhnya Tuhanmu itu adalah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Yunus, 10:3).
"Kemudian Dia (Allah) bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Al-Furqan, 25:59).
"Allah adalah Zat yang mengangkat langit tanpa tiang yang kamu lihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Ar-Ra'd, 13:2).
"Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy. Tidak ada bagi kamu selain daripadaNya seorang penolongpun dan tidak seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak berfikir?". (QS. As-Sajadah, 32:4).
"Dialah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari (masa) kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Al-Hadid, 57:4).
"Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menyungkir-balikkan bumi bersama kamu". (QS. Al-Mulk, 67:16).
"KepadaNya (Allah yang di langit) naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh dinaikkanNya". (QS. Fathir, 35:10).
"Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepadaNya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (QS. An-Nisa', 4:158).
"Hai Isa, sesungguhnya Aku akan mematikan engkau dan mengangkatmu kepadaKu!". (QS. Ali Imran, 3:55).
"Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka (di langit) dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)". (QS. An-Nahl, 16:50).
Telah dijelaskan di dalam al-Quran, mutawatir di sunnah RasulNya serta ijmak para ulama Salaf as-Soleh bahawa Allah Ta'ala di langit. Dia bersemayam di atas 'ArasyNya. siapa yang tidak menerima dan menolak berita ini, dia adalah seorang yang kufur terhadap wahyu Allah kerana berita penerangan yang menjelaskan Allah di langit dan bersemayam di atas 'ArasyNya merupakan wahyu dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala.
-
18 likes, 3 dislikes
9:50
Menjawab Tohmahan Ustaz Zamihan Al-Ghari (3/7)by nasiruddien6,621 views
10:01
Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (1/7)by nasiruddien138,885 views
7:44
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Mazhab Salafi Wahabi (1/2)by fuadsyazwan52,550 views
9:43
Ustaz Rasul - Menjawab Tohmahan Ustaz Zamihan Al Ghari 1 7by LANCARJUNK875 views
4:45
Re : Dr Asri dan ulama di Fitnah? Bagaimana para ulama menghadapi fitnahby wisdommediapromo35,818 views
2:32
Hukum Menyapu Muka Selepas Salam.by UniSainsMalaysia82,948 views
2:50
Rasul Dahri Yang Sesat.by hanif116555,970 views
1:59
Fitnah terhadap Ibnu Taimiyyah : DI MANA ALLAH ?by jalanmeru8,533 views
9:12
Akidah Syeikh Abd Qadir Al-Jailani (3/6)by nasiruddien8,742 views
13:40
Ustaz Zamihan Al-Ghari - Fatwa Wahabi / Fatwa Syiah. (sesi soal jawab)by hanif11651,588 views
10:27
Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf (2/5)by nasiruddien51,425 views
9:13
Hukum Muzik, Nyanyian dan Nasyid (Senandung Syaitan) (2/9)by nasiruddien6,592 views
4:43
Ust. Zamihan Mat Zin -Fahaman Wahabiy 10by hanif11651,225 views
9:52
DAJJAL - Awas! empat jenis dajjal (Ruwaibidah)by salafiseremban8,576 views
2:52
Ust Zamihan al-Ghari-Demo Solat Wahabi 2by hanif11658,555 views
7:31
KISAH PERANG BADAR 2/2by STUDIOPENANG4,176 views
10:32
Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah (1 of 4)by wakchanglun37,337 views
4:44
Ust Zamihan Jawab Sijil Asriby hanif116511,235 views
9:13
Hukum Muzik, Nyanyian dan Nasyid (Senandung Syaitan) (1/9)by nasiruddien9,270 views
10:00
Debat Terbuka NU - Wahabi -- 1by 4lb4z63,754 views
- Loading more suggestions...
jagalah dirimu sekalian
axlrosexl 2 years ago
akhi nasirudien jazakallohbilkhoir...upload lagi video dakwah lainya...dari syeihk ini
opalnawaf 3 years ago