Jungle trekking ke air terjun Langganan, Poring. Jarak air terjun ini adalah lebih kurang 3.5 km dari kolam air panas Poring. Perjalanan ke air terjun tersebut mengambil masa dalam 1 jam setengah hingga 2 jam bergantung kepada kadar kelajuan orang yang berjalan. Bagi kami pula, kami mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai ke air terjun Langganan kerana banyak kali kami berhenti dan rehat. Agak meletihkan jugalah untuk sampai ke air terjun langganan ni untuk orang seperti aku yang kurang fit dan jarang bersenam. Tetapi pemandangan di air terjun ini amat menarik. Memang best.. superb!! Berbaloi letih naik ke atas. He..
Link to this comment:
All Comments (1)