Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Zaiton Sameon - Turutkan Hati (Video Clip Karaoke) *INFO

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
12,911
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Nov 12, 2010

Malaysia
Composer/Lyricist - A Ali / Habsah Hassan
FGM / FGM
Video by Noble Creations & FOX Entertainment

ZAITON SAMEON (Personal Info / Utusan online)

Selamilah hati Eton - 10 Sep 2008
APABILA kisah hidup penyanyi Zaiton Sameon dipaparkan dalam akhbar ini minggu lalu, Papa mendapat banyak reaksi yang pelbagai.
Ada yang suka dan memuji dengan mengatakan paparan itu setidak-tidaknya dapat membuka mata masyarakat tentang kehidupan terkini penyanyi bersuara lantang yang cukup popular dengan lagu Menaruh Harapan dan Kabut Serangkai Mawar itu.
Masakan tidak, dulu dia dipuja setinggi langit tetapi selepas malang yang menimpanya, tiada siapa yang mengendahkannya. Mujurlah beberapa pihak yang simpati dengannya menghulurkan bantuan untuknya.
Apa yang buat Papa sedikit kecewa apabila membaca komen-komen yang boleh Papa katakan agak melampau jugalah di satu forum popular di Internet.

Mereka yang memberikan komen itu seolah-olah tidak berhati perut dan memperkatakan tentang diri Zaiton bagaikan tiada hati dan perasaan. Mereka mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Apa yang menyedihkan, rata-rata daripada mereka yang memberikan komen tersebut adalah bangsa Melayu. Seharusnya, apa yang telah berlaku kepada Zaiton harus dijadikan iktibar dan diambil pengajaran.
Cuba selami hati Zaiton dan letak diri kita di tempatnya. Bagaimanakah perasaan kita? Apa yang kita rasa? Jangan hanya kerana Zaiton adalah artis, ia merupakan tiket untuk kita mengatakan apa yang kita suka. Cuba lihat dirinya sebagai seorang manusia biasa seperti kita juga.
Kita yang hanya mampu melihat boleh berkata apa sahaja tetapi mereka yang menanggungnya, hanya Allah sahaja yang tahu.
===============
Rintihan Eton siapa yang tahu

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my (03 Sep 2008)

ZAITON di pusara anaknya, Allahyarham Azirwan Abu Bakar.

DULU aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diriku
Tak bertempat mengadu
seperti burung kepatahan sayap
Di hati kecil
Ku menaruh harapan ...

Itulah antara bait-bait yang terkandung dalam lagu Menaruh Harapan nyanyian Zaiton Sameon yang cukup popular sekitar pertengahan tahun 1980-an.
Siapa sangka, selepas lebih 20 tahun lagu ciptaan komposer A. Ali dan lirik nukilan Habsah Hassan bagaikan menterjemah lara dan duka yang dilalui oleh penghibur yang suatu ketika dahulu pernah mencetus fenomena yang bukan kecil.
Zaiton di zaman kegemilangannya pernah dipuja, diminati ramai serta dilabel sebagai simbol seks Malaysia kerana imej dan penampilannya yang begitu berani.
Namun semua itu kini hanya tersimpan rapi dalam kotak fikiran sebilangan besar daripada kita yang pernah membesar dengan lagu-lagu nyanyian Zaiton atau lebih mesra dikenali sebagai Eton.

Text re-edited by Nusantaraku
Credits to UTUSAN online

  • likes, 1 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (6)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • @ciara3103 Hehe yeah thanks kembali...Inilah satu-satunya lagi catchy Eton yang aku rasa orang senang nak ingat pun! ^_^ ~Nusantaraku

  • '@SuperNusantaraku hehehe..whatever pon lgu ni best n thanx to u dpt i enjoy lgu ni..

  • @ciara3103 @ciara3103 Besor dari sudut pandangan wanita...yang kami kaum pria. nengok besor yang lain pulok cik Ciara oiii.... hahaha! Whatever, thanks & enjoy the song yeah from akak Eton yang suatu waktu dulu laris macam kacang putih! ^_^ ~Nusantaraku

  • mak ai.besor giler video cam dier..hahaha

  • @MrYusofmohd Hi Mr Yusof! Thanks kembali... ^_^ ~Nusantaraku

  • Hi Malaysian Sega.teringat gue dkt Mauritius Island syok2 jln kt tpi pantai mlm tu nmpak api nyala,tengok2 pesta Sega ngiang2 sega maloya-carino Alime'dife'-Ill maurice.Thanks SuperNusantaraku bwa mai lagu Kak Ton Hi....

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more