Irma Hasmie Juga Sudah Berubah & Bertudung Sekarang Ini

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
3,659
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Nov 28, 2011

http://kedaikuhebat.com/ ...Selama 14 hari berada di Mekah, cukup membuatkan pelakon dan pengacara popular, Irma Hasmie tergerak untuk memakai tudung sekembalinya ke tanah air.

Mungkin ia adalah sesuatu yang sukar bagi seseorang lebih-lebih artis muda yang terlibat aktif dalam dunia glamor. Namun, yang nyata ada yang lebih penting di dalam dunia yang sementara ini iaitu akhirat.

Biarpun mulanya dia kelihatan sukar memberikan komen pasal perkara ini, namun akhirnya Irma Hasmie akur kerana pasti suatu hari nanti umum tetap jua akan mengetahui perubahan yang dilakukan dan kini dia mengesahkan akan kekal bertudung biarpun masih berada dalam dunia glamor.

"Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

"Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.

"Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini," jelas Irma.
IRMA AKUI HIDUPNYA KINI LEBIH TENANG DAN BAHAGIA

Berdoa di Mekah

Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.

"Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.

"Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.

"Selama 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik," jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.

Lakonan berterusan

Memilih untuk bertudung, Irma Hasmie yakin biarpun terpaksa memilih watak yang sesuai dengan imejnya sekarang, dia percaya masih ada rezeki untuknya dalam bidang seni ini.

"Alhamdulillah, saya percaya kalau kita berubah kepada kebaikkan, Allah akan sentiasa membantu. Selepas pulang ke tanah air, saya sudah selesaikan penggambaran tiga buah telemovie.

"Ramai yang faham dengan keputusan saya, jadi apabila ditawarkan sesuatu watak, saya akan melihat dahulu sama ada watak itu sesuai dengan saya ataupun tidak," katanya lagi.

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (1)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • kawaii^^

    

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more