Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Drama MCA Pada Selasa

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
680 views
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Nov 3, 2009

KUALA LUMPUR, 3 Nov - Krisis dalaman MCA semakin kusut setelah parti itu menerima keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih Timbalan Presiden parti itu Selasa. Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA, Selasa sebulat suara menerima keputusan ROS itu dengan alasan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada 10 Okt lepas tidak memenuhi keperluan dua pertiga majoriti supaya Dr Chua dilucutkan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 35 Perlembagaan MCA.

"Mesyuarat Jawatankuasa Pusat menerima usul keputusan ROS bahawa jawatan Timbalan Presiden tetap disandang Dr Chua Soi Lek, dengan itu Datuk Seri Liow Tiong Lai akan kembali menyandang kerusi Naib Presiden," katanya.

Ong berkata parti itu tidak akan menghalang jika Liow mahu mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu selepas ini. Beliau turut mengumumkan bahawa mesyuarat itu juga menolak cadangan untuk mengadakan EGM bagi pemilihan baru parti seperti yang didesak 16 anggota Jawatankuasa Pusat itu sebelum ini.

Sementara itu, Dr Chua berkata beliau tidak terkejut apabila menerima surat keputusan ROS pukul 11.30 pagi Selasa. "Setiap masa saya berasakan saya masih Timbalan Presiden jika merujuk kepada perlembagaan parti," katanya secara ringkas.

Satu sidang media berasingan diadakan untuk Liow menyatakan pendirian mengenai keputusan terbaru itu. Liow secara sinis berkata MCA kini mempunyai Timbalan Presiden 'kembar' memandangkan beliau juga masih berhak untuk menduduki kerusi itu. "Saya akan mencabar keputusan ROS, dan saya juga akan menggunakan hak saya untuk ke mahkamah untuk mencabar pengisytiharan ini," tegas Liow yang ditemani Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun. Liow berkata keputusan ROS itu melanggar perlembagaan parti kerana ROS tidak mempunyai hak mencampuri keputusan Mesyurat Luar Biasa MCA pada 10 Okt lalu apabila menolak resolusi ketiga supaya mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Dr Chua. "Apabila Jawatankuasa Pusat menggunakan Perkara 174 bagi mentafsir dan mengenalpasti maksud Aturan EGM, ia tidak boleh dipersoalkan, dicabar, disemak semula atau ditolak olah mana-mana mahkamah perundangan. Kedudukan ini adalah dengan sokongan penuh Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966," kata Liow. -- BERNAMA

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (0)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more