Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Eddie Hamid - Segalanya Telah Berakhir (Original Audio Version / Video Clip Karaoke) *INFO

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
69,830
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Nov 14, 2010

Malaysia
Composer/Lyricist - Taib Hamzah / Eddie Rosli
FGM / FGM
Video by Noble Creations & FOX Entertainment

EDDIE HAMID (Personal Info / Utusan online)

Hiburan :
ARKIB : 13 December 2009
Lentok Berbisa Saari Amri & Eddie Hamid

Sebut sahaja nama komposer Eddie Hamid dan Saari Amri, penggemar muzik tempatan sudah dapat membayangkan sentuhan melodi melankolik ciptaan dua komposer tersebut. Menerusi hasil karya mereka, kedua-dua komposer berbakat ini telah mencipta fenomena tersendiri dalam industri muzik tempatan.

Lagu-lagu ciptaan Eddie Hamid dan Saari Amri telah melonjakkan populariti ramai artis dan menyumbang kepada pencapaian jumlah jualan album yang luar biasa! Menerusi sentuhan 'berbisa' Saari Amri, album-album daripada kumpulan Ukays, Slam, Exists, Scan dan Umbrella meledak di pasaran manakala sentuhan 'lentok' Eddie Hamid pula menjadi teras kejayaan kumpulan Spoon, Arrow, Data, Stings dan Spin. Lebih membanggakan, lagu-lagu daripada kedua-dua komposer tersebut telah membawa kejayaan kepada beberapa artis-artis tersebut sehingga ke negara Indonesia, Singapura dan Brunei.

Lagu Gerimis Mengundang dan Kembali Terjalin ciptaan Saari Amri yang dibawa kumpulan Slam bukan sahaja mencipta fenomena di Malaysia tetapi juga di Indonesia. Lagu-lagu hits tersebut telah mendorong kepada pencapaian jualan album Terbaik Slam melebihi 200 ribu unit di Malaysia dan 1 juta unit di Indonesia! Menariknya, lagu Gerimis Mengundang turut dirakam semula dalam pelbagai dialek suku kaum di Indonesia.

Lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu dan Pahit Akan Manis Akhirnya ciptaan Saari Amri yang dibawa kumpulan Ukays turut menempa sejarah. Lagu-lagu hit tersebut telah membawa kepada pencapaian rekod jualan album keseluruhan Ukays melebihi 1 juta unit di Malaysia sahaja!

Eddie Hamid juga tidak kurang hebatnya dengan hasil karya beliau. Lagu-lagu beliau berjaya mengenengahkan ramai artis-artis baru. Lagu Rindu Serindu Rindunya yang dibawa kumpulan Spoon 'meletup' di stesen-stesen radio dan membantu kumpulan baru tersebut mencapai jualan album melebihi 100,000 unit. Lagu itu juga telah berjaya mengembangkan populariti kumpulan Spoon sehingga ke Indonesia. Kumpulan Data, Arrow, Stings dan Spin kesemuanya menempah nama dengan lagu-lagu ciptaan Eddie Hamid iaitu Nyanyian Rindu Buat Kekasih, Niat Hati Tak Nak Berpisah, Ku Sapu Airmata Perpisahan dan Mengusung Rindu.

Kumpulan Exists dan Spring menerima manfaat lagu-lagu hit daripada kedua-dua komposer tersebut. Lagu-lagu hit Exists, Mengintai Dari Tirai Kamar dan Dirantai Digelangi Rindu masing-masing adalah ciptaan Saari Amri dan Eddie Hamid. Lagu-lagu hits Spring pula, Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta dan Butakah Cinta masing-masing adalah hasil karya Eddie Hamid dan Saari Amri.

Setelah hampir dua dekad penglibatan mereka dalam industri muzik tempatan, Eddie Hamid dan Saari Amri terus berkarya. Terkini, mereka muncul dengan lagu terbaru masing-masing untuk dimuatkan di dalam sebuah album istimewa. Eddie Hamid tampil dengan lagu Janganlah Tak Jadi untuk kumpulan pop rock 90'an yang kembali popular, AXL's manakala Saari Amri kembali memberikan sentuhan berbisanya menerusi lagu Helahmu untuk Rahmat Ekamatra.

Khazanah muzik negara yang tidak ternilai daripada Eddie Hamid dan Saari Amri kini diabadikan di dalam album kompilasi terbaru berjudul Lentok Berbisa terbitan syarikat rakaman Nova Music. Album Lentok Berbisa dalam pek CD berkembar memuatkan sejumlah 20 lagu-lagu terbaik ciptaan Eddie Hamid dan Saari Amri termasuk dua lagu bonus terbaru - Janganlah Tak Jadi nyanyian kumpulan AXL's dan Helahmu nyanyian Rahmat Ekamatra.

Album Lentok Berbisa yang juga diterbitkan dalam bentuk VCD Karaoke telah mula menjengah pasaran sejak 26 Oktober lalu.

Text re-edited by Nusantaraku
Credits to Utusan online

  • likes, 3 dislikes

Link to this comment:

Share to:

Uploader Comments (SuperNusantaraku)

  • laki dlm vid clip ni pelakon Kamal Reza tp dh arwah dah.

  • @azusasrizz Yeah memang betul dan dia juga model didalam video clip lagu Jangan Pisahkan duet Mayangsari dan Deddy Dores keluaran Life Records. Whatever, thanks and enjoy dengan lagu hit klasik Eddie Hamid ini yeah! ^_^ ~Nusantaraku

Top Comments

  • lagu ni kaw2 lh

  • Lagu nie btul2......menyentuh perasaan......

see all

All Comments (22)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • dah lama aku cari lagu nie...akhirnya jumpa juga

  • Mengapa hatiku kau lukai setelah aku menyanyangimu..?apakah salah dan dimanakah silapku sehingga dirimu sanggup meruntuh mahligai yang telah lama kita bina bersama...atau mungkinkah ada insan lain yg lebih layak dariku sebagai penyeri dalam hidupmu..

  • @azusasrizz dia meninggal pasal apa??? dan tahun bila?? bila tgk balik muka dia, baru teringat...al fatihah

  • LAGU TOUCHING SEKALI......TAPI SEKADAR LAGU SAJER....HA HA.

  • mmg best lh lagu ni huhuhu

  • power lagu eddie hamid ni...

  • hmm sakitnye hati

  • tcing!add aq kt fb k.mustaqim cemerlang

  • wt insan tsyg..... ANIZAH HUSSIN.SPG 3 KPG TELUK BULUH. HUTAN MELINTANG. PERAK....

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more