Uploaded by paskemaman on Aug 17, 2010
KUALA LUMPUR, 17 Ogos - Pihak-pihak yang terlibat dalam kes saman oleh bapa kanak-kanak yang diculik dan dibunuh, Nurin Jazlin Jazimin, akan cuba menyelesaikan kes itu menerusi proses pengantaraan.
Plantif, Jazimin Abdul Jalil, 35, seorang pekerja di syarikat keselamatan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Petaling Jaya dan kerajaan Malaysia berhubung dakwaan cuai ekoran pengedaran gambar bedah siasat anaknya di internet.
Pada 29 Jan lepas, mahkamah membenarkan Jazimin menamakan Lans Koperal Amran Arifin selaku defendan kelima selepas keempat-empat defendan yang lain itu mengaku dalam pernyataan pembelaan mereka bahawa gambar bedah siasat Nurin Jazlin, 8 tahun, diedar oleh Amran.
Kes itu disebut Selasa di hadapan Hakim Harmindar Singh Dhaliwal untuk proses pengantaraan.
Jazimin hadir di mahkamah bersama peguamnya Akbardin Abdul Kader dan Siti Natasha Basheer Hassan manakala Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom mewakili kesemua defendan kecuali Amran.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Akbardin berkata hakim memerintahkan peguam plaintif untuk melakukan penyelidikan berhubung isu ganti rugi yang dipohon oleh Jazimin.
Katanya hakim turut memerintahkan Zureen Elina untuk melakukan penyelidikan berhubung isu sama ada kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab terhadap perbuatan Amran mengedarkan gambar itu secara gurauan.
"Sehingga hari ini kita gagal mencapai penyelesaian tetapi hakim ada membayangkan pihak-pihak yang terlibat agar segera mencari penyelesaian pada tarikh akan datang. Kami akan menyerahkan laporan penyelidikan berhubung dua isu itu pada 15 Okt," katanya.
Jazimin memfailkan saman itu pada 21 Ogos 2008 dan memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai kerana mendakwa gambar-gambar itu bersifat sulit dan peribadi dan bukan untuk tatapan umum tetapi hanya untuk tujuan penyiasatan kes Nurin.
Nurin hilang pada 20 Ogos 2007 selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.
Mayatnya dijumpai dalam sebuah beg sukan 27 hari kemudian di hadapan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48, Petaling Jaya, dekat sini. Bedah siasat menunjukkan dia telah didera secara seksual.
-- BERNAMA
-
0 likes, 0 dislikes
9:52
berita sedih nurinby alifkelana5,849 views
3:37
Mayat remaja lemas dijumpaiby hmetromy31,370 views
4:20
Nurin Jazlin bt. Jaziminby saqif92129,086 views
1:20
Penderaan - untuk tuntutan kuliah.....by obiwan62215,573 views
4:08
pelik dan heran -kenapa dgn bayi ini..?.flvby MrBelida145,330 views
2:12
Al-Fatihah Achik Spin ( 1982-2010 )by Roslie79413,746 views
1:34
Usai Pengajian Ditebas Orangby madurachannel109,269 views
8:00
perasaan polis malaysia dipermainkan?by far7613309,460 views
1:01
Polis Tahan Seorang Suspek Pembunuhun Nurinby malaysianews13,478 views
0:55
Pelajar SK Seksyen 20 Maut Kena Renjatan Elektrik Dari Sebuah Tiang Lampuby Kaizat233,882 views
0:16
kanak2 mangsa rogol ayah kandung.wmvby blueberry109934,412 views
2:54
KOTAK ~~ HILANGby goz4ly85,807 views
0:55
CAR ACCIDENTby superbigman34133,804 views
2:13
Orang gaji baruby ijatos29,003 views
2:48
Kanak-kanak 3 tahun mati dideraby hmetromy20,587 views
1:09
Bung Mokhtar Dihukum Penjara, Hukuman Ditangguhby neutraldaily22,449 views
2:54
Nurin Jazlin Jazimin - Rakaman CCTV | Rumah Sewaby malaysianews61,512 views
1:24
Pembunuh Di Sungai Kecilby sweetrambutan11,336 views
1:17
CCTV Footages of Nurin Jazlin Killer - 12 Oct 07by MSIAMUR117,988 views
1:59
145 Days After Nurin Murder & Abductionby malaysianews11,551 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)