Anda buatlah keputusan sendiri selepas melihat video ini (part 2)

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
92,339
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Oct 3, 2010

SERUAN KEMBALI KEPADA AL-QURAN & AL-HADIS

MANHAJ AS-SALAF

Manhaj salaf bukanlah suatu rekaan (dongengan) yang diada-adakan oleh pendahulu umat ini. Ia tertulis dalam al-Quran, hadis-hadis sahih dan di dalam syair -syair Arab. Manhaj Salaf adalah metodologi yang benar-benar dapat menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak um...at Islam sejak zaman awal sahabat sehinggalah keakhir zaman. Kerana sesungguhnya manhaj salaf adalah manhaj yang dititi, dipegang dan digigit dengan gigi geraham oleh para sahabat, tabi'in, tabi'ut at-tabi'in serta mereka-mereka yang mengikut jalan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Manhaj ini adalah manhaj yang paling selamat. Oleh itu ia wajib dipelajari, diketahui, difahami, dibela (disokong) dan menjadi mazhab setiap orang-orang yang beriman kepada agama Islam.

Dengan memahami manhaj ini, seseorang dapat melaksanakan segala kewajipan yang disyariatkan dengan sempurna. Manhaj Salaf mengajar umat bagaimana meninggalkan segala larangan, mengamalkan segala suruhan, mengikut contoh tauladan serta memahami pemahaman sebaik-baik insan dan umat yang telah dilahirkan ke dunia. Hanya manhaj ini yang dapat menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak seseorang dari segala jenis bid'ah., khurafat, tahayul dan kesyirikan yang menyesatkan.

Tiada jalan dan cara yang paling selamat dan efisien untuk menyelamatkan umat, kecuali setelah mereka menyedari akan kebenaran dan selamatnya manhaj ini dan seterusnya menyandarkan pendisiplinan ilmu, akidah, ibadah dan akhlak mereka melalui manhaj yang telah dijamin oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala sebagai sebaik-baik manhaj. Ini telah dikhabarkan dalam firmanNya dan juga di dalam hadis-hadis Nabi-Nya sallallahu 'alaihi wa-sallam.

Manhaj Salaf telah dipelihara oleh wahyu dengan terpeliharanya al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Telah diamalkan dan dijaga dengan rapi terutamanya oleh generasi sahabat yang telah diredai dan dimuliakan oleh Allah Azza wa-Jalla. Manhaj Salaf adalah warisan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam kepada generasi yang termulia di kalangan umat manusia yang ada di dunia ini. Oleh yang demikian sewajarnya diingat bahawa setiap muslim perlu ada tiga dasar pada diri mereka agar menjadi Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf yang sebenar iaitu:

Pertama: Berpegang kepada kitab suci al-Quran sebagai Kitabullah yang berisi dalil-dalil qati'i dan hujjah-hujjah tauqifi.

Kedua: Berpegang teguh kepada al-Hadis yang sahih setelah al-Quran kerana ia adalah sunnah Rasulullah. Iaitu menyerah dan berpegang secara mutlak kepada nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Sama sekali tidak menolaknya. Tidak melaga-lagakan antara satu dengan yang lain. Tidak menyangkal dengan akal sebagaimana perbuatan Mu'tazilah, dengan perasaan sebagaimana Ahli Ahwa (Ahli Hawa Nafsu atau Ahli Bid'ah), dengan mimpi sebagaimana ahli sufi dan tarikat atau dengan ilham sebagaimana Ahli Falsafah. Dan tidak ada yang diutama dan didahulukan setelah adanya nas al-Quran dan as-Sunnah.

Ketiga: Berjalan (mengikut) atau bermanhaj Salaf as-Soleh dengan cara menyandarkan pemahamannya sama ada dalam persoalan akidah, ibadah, muamalah dan akhlak secara berdisiplin dan utuh. Dan semuanya ini diperolehi melalui bertalaqi (belajar dengan berguru, bukan semata-mata melalui buku atau mentala'ah kitab-kitab semata).
Sesiapa sahaja boleh mengaku sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi ia hanya benar-benar meniti jalan yang hak dan sempurna apabila berpegang kepada bahagian yang ketiga iaitu kembali kepada manhaj Salaf as-Soleh. Kerana manhaj ini selain dapat menyelamatkan iktiqad, amalan dan akhlak maka ia juga yang mampu menyatu- padukan umat dalam satu ikatan "Al-Jamaah".

Manhaj Salaf akan menyelamatkan pengikutnya dari perpecahan yang berpunca berintima' (menasabkan diri) kepada individu, kumpulan, golongan atau berbagai-bagi hizbi (kelompok perpecahan).

http://rasuldahri.blogspot.com/2008/0...

Link to this comment:

Share to:

Top Comments

  • lailahaillallah muhammadarasulullah,,hanya mengerjakan suruhannya meninggalkan larangannya..

    al-quran..sunnah..hidup dan matiku kerana allah..allahuakbar

  • sebagai umat islam...harus yakin dan percaya pada al-Quran,dan apa yang berlaku sekarang semuanya sepertimana yang dijelaskan didalamnya..fitnah dajjal itu cukup dasyat,bagi umat islam..(juga terdapat dijelaskan didalamnya)

    bahkan alim ulamakpun tidak mampu untuk hadapinya..''alim ulamak bagaimana"anda nilailah sendiri..sebagai orang yang berakal sama2lah kita pikir sejenak, mudah2 kita dijauhi dari fitnah dajal yang sesat paling menyesatkan

see all

All Comments (42)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • numpang lewat

    More on my blog in

    go.teks.tv/1409/

    you'll like it

  • Janganlah kamu menjadi orang2 yang memecah belah atas pemikiran2mu, apalagi samapai Fitnah president Iran.......... goblok

  • Tiada kesaksian...

  • @PaheIndigo tengok aje dan faham

  • @Moondroom iya bener banget..... w aja jadi bingung....sebenernya cerita nya amerika - yahudi itu gimana dan hubungannya apa...toh di publik anteng2 aja....

  • sumpah ngeri aja w liat nya....bingunggg

  • sekurang ada kebenaran dri ape yg dh berlaku skrg! satu lg sekrg perasan atau tidak rakyat iran berusaha menjahanamkan rakyat sunnah malaysia dgn DADAH TERBARU CIPTAAN MANUSIA yg begitu popular dgn name SYABU dadah jenis ini akan terus merubah sikap penguna nye,saban hari dadah jenis ini di rampas yg di import kebanyakan warga iran!

    perasan atau tidak?dadah jenis ini akan membuatkan pengunanye berfikiran lebih terbuka tanpa batasan dan lebih agresif.ini cuma pandangan peribadi.

  • Wallahualam, nice video. si licik freemason dh lama menular dlm negara kita tanpa even nenek moyang kita sedari. Semua dia dah masuk baik dari segi pendidikan, politik, budaya dan sosial dalam negara yg kita cintai. Sebagai individu kita WAJIB pastikan yg basic RUKUN 5 & 6 dikukuhkan dlm diri kita. Insyallah kita akan diberi petunjuk.

    PS: cuma 1 je yg musykil tang laki2 islam leh kawin dengan wanita kristian? hmmm..

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more