Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Negara Islam / Mengkafirkan Pemerintah Islam (2/3)

Loading...

Sign in or sign up now!
14,737
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Sep 11, 2007

Para umara dan ulama sewajarnya dominan dalam aktiviti kehidupan dengan mentasfiyah hati rakyat supaya mereka sentiasa berkeyakinan bahawa menentang penguasa Islam adalah perbuatan haram sebagaimana amaran dari hadis Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam:
"Di suatu saat nanti akan muncul seorang sultan (penguasa/pemimpin). Sesiapa sahaja yang hendak menghinakannya, bererti dia telah menikam agama Islam dan tiada pintu taubat baginya kecuali dia mahu memperbaikinya, tetapi dia tidak berdaya memperbaikinya sampai Hari Kiamat". (As-Sunnah, 2/490-492. Ibnu Abi 'Asim.)

"Sultan (penguasa/pemimpin) adalah naungan Allah yang ada di bumi, barangsiapa menghormatinya, Allah akan menghormatinya, dan barangsiapa yang menghinakannya, maka Allah akan menghinakan dirinya " Hadis ini diriwayatkan dalam berbagai-bagai hadis dari Rasulullah dan diriwayatkan oleh Abu Bakar, Umar, Ibnu Umar, Abu Bakrah, Anas dan Abu Hurairah. Berkata Ibnu Abi Zamanain: "Ini adalah perkataan ahli sunnah". Lihat: Usulus-Sunnah. Hlm. 105-106. Ibnu Abi. Cetakan al-Khanji, Mesir. Lihat: Al-Maqasidul Hasanah, Juz Raf'u Asy-Syukuki fi Mafakhiri al-Muluk. 2/492. As-Sakhawi. (As-Sunnah, Fasal ketujuh berkenaan larangan mencela umara (pemimpin). Ibnu Abi Asim.)
Perkataan "Naungan Allah" bermaksud:
"Allah menghilangkan hal-hal yang membahayakan manusia dengan perantaraan penguasa, sebagaimana naungan yang melindungi manusia dari terik sinar matahari".
Hadis ini juga merupakan amaran kepada manusia bahawa naungan Allah berbeza dengan yang lainnya, kerana naungan Allah lebih tinggi dan luhur serta paling luas kebaikannya dan manfaatnya. Sehingga Anas radiallahu 'anhu berkata: "Para pembesar sahabat menasihati kami: Janganlah kamu mencerca para umara".

At-Tabrizi meriwayatkan dari Ka'ab al-Ahbar, beliau berkata: "Penguasa adalah naungan Allah yang ada di permukaan bumi, apabila dia melakukan ketaatan kepada Allah, dia akan mendapat pahala dan kamu harus bersyukur. Apabila dia melakukan kemaksiatan kepada Allah, maka dia akan mendapat dosa dan kamu harus bersabar. Janganlah cinta kepada penguasa membuat kamu terjerumus ke dalam kemaksiatan, dan kebencian kepadanya membuat kamu keluar dari ketaatan kepadanya". (Nasihah li-Raii war-Raiiyah. p.65.)

Al-Manawi rahimahullah berkata: "Allah menjadikan penguasa sebagai penolong bagi sekalian makhluk hidup di bumi, maka kedudukannya dijaga dari celaan dan penghinaan agar penghormatan tetap kepada penguasa dan menjadi sebab kemudahan dan bertambahnya bantuan serta pertolongan Allah bagi hambaNya". (Lihat: Faidhul Qadir 4/134.)

Sahl bin Abdullah at-Tusturi rahimahullah berkata: "Manusia sentiasa dalam kebaikan jika masih menghormati penguasa/pemerintah dan ulama. Jika mereka masih menghormati dua komponen umat Islam ini, maka Allah akan memperbaiki urusan dunia dan akhirat mereka. Seandainya mereka meremehkan dua komponen ini, akan rosaklah kepentingan dunia dan akhirat mereka". (Lihat: Tafsir Qurtubi 5/260-261.)

Ibn Abi Asim mengkhususkan satu bab dalam kitabnya dengan judul: "Perintah Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa-Sallam Agar Bersabar Ketika Mendapati Tingkah Laku Penguasa Yang Tidak Baik". (As-Sunnah 2/523. Ibnu Abi Asim.)

Imam Nasaii rahimahullah juga memperuntukkan bab di dalam kitabnya yang berjudul: "Perintah Bersabar Ketika Menghadapi Kezaliman Penguasa, Kerakusan Dan Perbuatan Monopoli Pemerintah". (Syarah Muslim. 12/235. An-Nawawi.)

Dari Ziyad bin Kusaib al-Adawi dia berkata: Aku pernah berada di bawah mimbar Ibnu Amir bersama Abi Bakrah, ketika itu dia berkhutbah dengan mengenakan pakaian yang sangat tipis, dengan sepontan Abu Bilal berkata: Lihatlah penguasa kita memakai pakaian orang fasik. Maka Abu Bakrah berkata: Diamlah engkau! Saya telah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa menghina penguasa Allah di bumi, nescaya Allah akan menghinakannya". (H/R Riwayat Turmizi.)

Para ulama Salaf as-Soleh keseluruhannya mengharamkan umat Islam dari menghina, mencela dan memburuk-burukkan para pemimpin, pemerintah atau penguasa Islam: "Dari jalur Yahya bin Yaman, Sufyan telah menceritakan kepada kami dari Qais bin Wahab dari Anas bin Malik radiallahu 'anhu dia berkata: Para pembesar dari kalangan sahabat Rasulullah telah melarang kami mencela/menghina penguasa (pemerintah)". (H/R Ibnu Abdil Barr 21/287. At-Tamhid.)

Category:

People & Blogs

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 1 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (50)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • Ustaz kalu nk bercakap biar berfakta, bila masa Ulama Salaf mengeluarkn fatwa suruh penduduk Palestin keluar dari bumi mereka. Mereka menjadi pelarian di kem Sharba dan Shatila, sehinggakn mereka di bunuh dan ada dirogol di sana...Mana pendirian Ulama Salaf ketika itu, jilat buntut pemimpin. Lpas tuh nk cr kesalahan Ikhwan Muslimin. Ustaz kaji dlu Hadis Nabi ttg tanah Najd, baru cerita tentang ini semua.Puak Salag xdpt berdalil cr point nk tukar tanah Najd sekarang Riyadh ke Iraq plak.

  • Ustaz bercakap terlalu mendabik dada...Adalah suatu fitnah besar ustaz mengatakan " mereka yg tinggal di Palestin adalah org yg berlagak nk jd hero"...ustaz jika ustaz tidak turun ke lapangan pun sekurang-kurangnya ustaz berikan doa utk mereka meneruskn perjuangn mereka bukan hina mereka dengan fitnah sebegitu. Adkh mksd ustaz Syeikh Ahmad Yasin adlh org yg bodoh duduk di Palestin..Tidak!!! Dia adlh pejuang sejati yg xpnah tunduk pd Yahudi Laknatullah sekali pn mati di peluru berpandu musuh.

  • Apa komen ustaz, jika suatu hari Amerika Laknatullah menyerang Mekah @ Medina. Adakah org tempatan wajib lari @ mempertahankn negara mereka? Jika ikut ckp ustaz, mereka wajib lari...jadi jika tiada pejuang Islam, maka dh byk negara Islam jatuh ditgn kafir laknatullah. Kalau mcm tu baik xpayah tentera Islam, klu nk pakat kne serang kita berhijrah..xlogik lngsung..jgn sesatkn org cmtu xbaik...

  • Umat Palestin enggan berhijrah kerana mempertahankan BAITUL MAQDIS ! Negara2 ISLAM yg membuka pintu kpd Umat PAlestinsupaya berhijrah akan di soal oleh ALLAH krn membiarkan Palestin di rampas YAHUDI !

  • kalau ikut Rasul melayu ni.. maka asal orang kafir iktiraf je negara itu negara orang kafir kena berundur @ berhijrah la ye... kalau terjadi kat MEKAH ke MALAYSIA ke camner lak?kena hijrah ke INDONESIA?BRUNEI?

  • ustad..... pendapat ustad sendiri kontradiktif..... satu sesi ustad mengatakan demokrasi haram...lain sesi ustad mengatakan negara islam itu diisyaratkan hanya dengan solat dan adzan......walaupun demokrasi???

  • Manakala yg mengikut fatwa berundur keluarga mereka bukan sahaja hidup senang malah generasi demi generasi melahirkan cerdik pandai.

    Perlu diingat org2 Palestine kebanyakannya cerdik.Mrk mendapat kerakyatan semua negara jiran.Sekarang ini Ulamak yg berfatwa suruh lawan pun buat tak tahu je paling2 kurang pun ceramah berdegar2 infaq tak tahu la kalau setakat rm 1000 apa la yg boleh buat.

    Org Palestine yg dikatakan penakut(krn berhijrah) itu la yg infaq lebih banyak drp berdegar2 ceramahnya,,,

  • Kalau dilihat dari sudut sejarah apabila Khalifah Uthmaniah jatuh pd masa itu Islam begitu lemah.Rata2 umat islam sudah meninggalkan ajarannya dan berpaut pd politik komunis, sosialis, demokrasi dan sbgnya.

    Pada pendapat saya fatwa agar umat islam Palestine berundur bukan beerti gagal tetapi lebih kpd strategi agar umat islam tidak dibuli sehingga sekarang.

    Malah sehingga hari ini di palestine terus malang dan pihak yg berfatwa suruh menentang israel sedang dok senang lenang la...hmmm

  • komen ustaz pasal palestine tu sedikit "kurang berilmu"

    tak tgk pasal isu kem sharba & shatila

    kenapa die panggil kem?

    sbb semua negara islam "bukak" pintu tu bukan bukak, tapi kasi tido lam kemah dekat sempadan

    pastu yahudi pi sapu bunuh kanak-kanak ngn perempuan, rogol lagi

    mane negara islam nye

    kalo ikut quran hadis, mane plak ulama salaf klua fatwa wajib lawan balik yahudi tu

    klua fatwa lari (hijrah), lawan balik mana?

    mane negara islam yg ustaz sebut tu.

  • Kalau kita ikut pemikiran ustaz ni....kalau ada perompok datang masuk rumah kita dan perompok arah kita keluar, maka kita kena keluar..berpindah ke rumah jiran yg sanggup menumpangkan kita...kalau macam ni...hancurlah negara umat Islam

Loading...

0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more