Bingkisan ini diambil dari blog naqib saya, Farid Al-Bariti (http://kacapermata.blogspot.com) yang didedikasikan buat Allahyarham Ustaz Mohd Syam Abu Bakar yang telah dipanggil mengadap Ilahi pada minggu lepas.
Ternyata satu kehilangan besar buat seluruh ummat Islam tika umat kini amat menagih tulang empat kerat untuk melihat sinar ad-Deen terus menyilau di rantau dunia.
Saya turut berkongsi rasa sedih ini bersama beribu-ribu pencinta Islam yang lain. masih terngiang-ngiang kata-kata nasihatnya kepada kami demi sebuah perjalanan menjadi hamba ALLAH yang mampu membawa panji-Nya di medan kelak.
Moga Ustaz bahagia di sana, kerna Dia lagi mencintai Ustaz berbanding kami. Kami menangisi kehilangannya, namun bukan noktah kepada segalanya.
Innalillahi wainna ilaihirajioun'....
Link to this comment:
All Comments (0)