Tiga puluh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memantau bangunan Baitul Salam dekat Selayang sama ada pengikut kumpulan Ahmadiah tetap berdegil ingin mengadakan solat Jumaat di situ.
Mereka berada lebih kurang setengah jam di kawasan pusat utama gerakan tersebut mulai kira-kira jam 2.30 petang, selepas solat Jumaat.
Beberapa pengikut kumpulan tersebut kelihatan berada di kawasan tersebut memerhatikan pegawai Jais membuat pemantauan di bangunan itu - yang turut digunakan kegiatan-kegiatan agama dan pendidikan kanak-kanak.
Seorang pegawai Jais memberitahu Malaysiakini di situ, mereka memantau bangunan dua tingkat di Kampung Nakhoda itu untuk memastikan pengikut Ahmadiah - yang diisytiharkan ajaran sesat - mematuhi larangan Majlis Agama Islam Selangor (Jais) sejak 24 April lalu.
"Kita tidak membenarkan mereka menunaikan solat Jumaat di sini. Jika berdegil, kami boleh mengambil tindakan," katanya, yang enggan namanya disiarkan.
"Kegiatan kumpulan ini semakin menonjol kebelakangan ini sehingga ada penduduk yang mengadu kepada Jais."
Awal minggu ini, Malaysiakini melaporkan, pengikut Ahmadiah akur larangan MAIS agar tidak mengadakan solat Jumaat di lokasi itu yang diasaskan mereka sejak 1950-an.
Berikutan itu, pengikut kumpulan tersebut akan mengadakan solat Jumaat di tempat lain tetapi lokasinya belum diputuskan lagi.
Mereka bagaimanapun akan tetap meneruskan ajaran itu dalam kegiatan-kegiatannya termasuk solat lima waktu di bangunan itu.
Selain surat larangan, papan-papan tanda "Qadiani bukan agama Islam" juga dinaikkan di sekeliling bangunan tersebut.
Qadiani adalah nama lain bagi gerakan Ahmadiah yang diasakan oleh Mirza Ghulam Ahmad di Qadiani, India.
@farihin80 so nanti jika nabi Isa datang dia mengaku sebagai Nabi Isa...farihin80 nak minta bukti apa daripada Nabi Isa yang dia Nabi? Jika dia mengaku nabi...maka pendustalah dia?...kaji permasalahan Nabi Isa baru faham apa pendakwaan Hz Mirza Ghulam Ahmad. Jika Ahmadiah follow al Quran, mereka Islamlah. Imam Ghazali...bukunya dan pengikutnya dibakar dan dibunuh krn wujud pemikiran mcm farihi di zaman itu...tahu mahu mengkafirkan dan memancung serta membunuh...stop killing..bro.azab.look around
myindraone 1 week ago
BANG, TAJUK TU KASIK BETULKAN SIKIT BOLEH X??
PATUTNYA "JAIS PANTAU GERAKAN QADIANI / AHMADIYAH QADIYANI"
BOLEH YE BANG... KESIAN IKHWAN2 TARIQAT AHMADIAH SELURUH NEGARA.. NANTI ORANG INGAT TARIQAT AHMADIAH TU QADIANI PULAK... NANTI ORANG INGAT MUFTI NEGERI SEMBILAN SYEKH MURTADHO TU QADIANI PULAK...TAJUK TU KASIK PERBETUL..
PATUT LA JAIS ASYIK KUCAR KACIR.. KENA SUMPAH DEK MULUT DAN HATI ORANG2 TARIKAT, ORANG AGAKNYA... SO, BAWAK2 PERBETULKAN TAJUK DI ATAS..
pagarruyuang 3 weeks ago
wahai pengikut kadiani, jangan-lah kamu mengikut ajaran syaitan, syaitan mengajak kamu bersama-sama ka-neraka, mengapa kamu tidak berfikir, tuhan berikan kamu fikiran yang waras, jangan-lah kamu di-terjerumuskan ka-neraka. kadiani sudah terang sesat dan menyesatkan, bertaubat-lah sabelum nyawa kamu di-cabut, selagi kamu boleh berfikir bertaubat-lah. jangan-lah kamu saperti kaldai yang di-bodoh-bodohkan oleh kadiani. wahai kaum kadiani ada-kah kamu tiada takut akan azab Allah yang pedih.
mdhamzah1 3 weeks ago
Wahai sekalian muslimin dan muslimat, marilah kembali kepada agama Suci Allah yaitu Islam yang dibawa oleh Muhamad saw umur yang sekejab ini untuk menentukan kekal seseorang itu samada Syurga atau neraka,dan hati2 lah akidah terpesong, bacalah sejarah yg benar,ingatlah tipu daya Yahudi, AGENDA YAHUDI DIANTARANYA: AHMADIAH QADYANI, SYIAH,WAHABI SALAFI,BAHA’IY…. Dan meletakkan Israel di Palestin. Hati2 perangkap Yahudi, ingat dunia tdak lama, taubatlah kpd Allah.
MyBigfoot100 1 month ago
Copy tajuk ni... Search kat Youtube... Betulkan aqidah wahai qadiani sekalian...
KENAPA BUBARKAN AHMADIAH - UST ABDUL HAKIM
tarunggila 2 months ago
Mana ada nas di Alqur'an mengatakan nabi bila2 boleh diutus dan tiada di AlQur'an mengata kan Nabi Muhammad SAW nabi yg terakhir? Budak Qadiani ini nak menipu pemberita dan mengaku profesional! Kaki belit puak Qadiani sangat lah melampau!
" Muhammad itu sesekali bukan lah bapak dari seorang lelaki diantara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah DAN PENUTUP NABI NABI. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu " Surah Al AHZAB :40
Janganlah sesekali dapat di tipu puak2 Ahmadiah yg sesat ini!
Pitung56 3 months ago
@budefa1 Mirza ghulam ahmad is just like Mirza Hussayn Ali, semuanya sesat belaka. No need to explain or muzakkarah, You all will only confuse the masses. You should realize that Muhammad is Khatamul-anbiya. If your ghulam ahmad is a prophet, then bring something better than the Quran, and follow it. But you follow Quran! So that means ghulam's book isn't that good. Yeah, of course not, he wrote it himself, it's not from Allah. Stop dragging your faces on the floor and start walking straight.
farihin80 3 months ago
kira dah bagus jais cuma tutup premise tersebut. Kalau umar ibn khattab, diorg dah kena pancung...!
farihin80 3 months ago
Laknat Allah ke atas Qadiani and mirza ghulam ahmad dan kesemua pengikutnya kerana mendustakan Allah dan Nabi Muhammad iaitu nabi terakhir. Sesiapa selepas Nabi Muhammad yg claim dirinya nabi, maka mereka itu adalah pendusta belaka.
farihin80 3 months ago
kita kena menyelidiki sabda suci Yang Mulia Nabi Muhammad saw...kerana baginda saw bersabda akan datang Nabi Isa..., ini Nabi yang mana dan macam mana? Jika Yang Mulia Nabi Muhammad saw difitnah dan ditentang oleh kaumnya yg fasih bhs Arab dan yang melihat sendiri sifat Al Amin Baginda saw tetapi tidak mahu menerima, apakah "Nabi Isa" yg dtg selepas Nabi Muhammad dan meneruskan ajaran Baginda saw akan mudah diterima..??? Berilah peluang Ahmadiyah kemukakan dalil mereka, mereka juga guna Al Quran
budefa1 3 months ago