PUTRAJAYA, 25 Ogos- Hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan minum arak akan ditangguhkan sehingga Kementerian Dalam Negeri mempunyai kepakaran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undang-undang syariah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.
"Saya kena akui kita tak ada pengalaman dalam kes ini. Dari segi tanggungjawab saya difahamkan bahawa di bawah akta negara, kita (KDN) dipertanggungjawabkan tapi tak mungkin akan saya benarkan kita laksanakan hukuman itu sekiranya tidak mempunyai kemahiran, kepakaran dan tidak ikut hukum dan cara yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini Selasa selepas mempengerusikan mesyuarat Kepimpinan Petunjuk Bidang Keberhasilan Utama Negara di ibu pejabat kementerian di sini.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika yang dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Kuantan pada 18 Julai lepas kerana meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang.
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Pahang Datuk Mohd Safri Abdul Aziz dilaporkan berkata bahawa penangguhan hukuman sebat itu diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie negeri Pahang Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.
Hishammuddin berkata Jabatan Penjara tidak memiliki tukang sebat syariah kerana selama ini tidak keperluan untuk jawatan berkenaan diwujudkan.
"Selagi KDN tidak bersedia, selagi itu hukuman ini tidak dibuat. Bagi saya kalau kita tak ada orang yang buat, macam mana kita nak laksanakan hukuman secara adil.
"Islam menuntut, kalau nak laksanakan mesti ikut hukum dan secara adil. Berapa lama masa yang diambil, jika kita boleh adakan (tukang sebat) dalam masa sehari, esok saya bersedia (untuk melaksanakannya)," katanya.
Pelaksanakaan hukuman itu, kata Hishammuddin, akan tetap dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah namun ia perlu mengikut kaedah dan syariat yang dibenarkan.
"Selama ini tidak ada keperluan, jadi tidak ada hukuman sebegini rupa dan kita tidak dipertanggungjawabkan. Tapi sekarang dah ada, jadi kita kena bersedia.
Ketika ditanya mengenai keperluan untuk mewujudkan Penjara Syariah bagi menangani kes dan hukuman syariah, Hishammuddin berkata perkara itu bukan satu keperluan pada masa ini.
-- BERNAMA
sebat cara syariah lebih berperikemanusiaan... tak mcm sivil sgt menzalimi...
msaryanna09 1 year ago
bodoh punya menteri...dah 50 tahun lebih merdeka (kununnya) masih takdak tukang sebat syariah?kata negara islam...wat malu ja.
KemisMukmin 1 year ago
kalo hukuman ni di kuatkuasakan....comfirm pemimpin umno beratur kena sebat...
melayujohor 2 years ago
i love to see numbers of malaysian muslim to be caning for drinking..coz MELAYU majority are.. wonder who would be next??
hafisol 2 years ago
Hukum ini adalah hukum yang tidak ada dalam kitab-kitab(taurat,injil, al'quran)di mana Allah menurun kan kitab dari langit yang menjadi panduan kita;setan ingin kita bermusuh-musuhan dalam issue ini.semoga negara kita di rahmati tuhan.
9127trecia 2 years ago
Diorg ni mmg jahil. Memalukan bila kedua2 yg mengulas adalah org yg mengaku beragama Islam. Sorang ckp ini perkara baru jd takde preparation betul2 utk buat (kata negara Islam?) dan yg lagi satu orang mintak supaya pesalah buat rayuan dan tidak hanya berserah bulat2 ats hukuman yg diterima.Terima hukuman Allah itulah org yg benar2 beriman.Bravo Kartika!!semoga di rahmati Allah ats keredhaan dan keberanian anda. Dua org ni ke yg nak pertahankan Islam?Org UMNO nak pertahankan Islam?Hari pun malam!
doplohpatjam 2 years ago
menteri KDN ni buta agama Islam ke sedap je mulut kata x ada tukang sebat
ditauliah sebat secara Undang2 Islam.guna juga undang2 british nanti bila nak mati tunggula azab bagi orang yang menolak undang2 Islam.
yusrin09kk 2 years ago
sory bukan isalam tapi Islam kesilapan amat dikesali
yusrin09kk 2 years ago
memang bodooooooooooooooooh kenyataan menteri kacamata nampak sangat la dangkal asas agama dalam pentadbiran pun x pandai nampak sangat x pernah belek hukuman dalam Isalam.dasar sekular mustafa kamal ataturk turki yang laknat.
yusrin09kk 2 years ago
mana suara tan sri harussani, x kan x komen apa kot...Pakatan Rakyat masuk campur isu ni,nanti d tuduh mempolitikkan....inilah UMNO sebenarnya,tapi xsedar2 penyokong mereka..
mungkin bila bala datang baru sedar kot...
Saif0985 2 years ago