Video ini memaparkan sebahagian dari gerak asas dalam Senam Seni 1 Malaysia di saluran TV 1 (RTM) melalui Slot Selamat Pagi Malaysia(SPM) yang diadakan pada setiap hari Selasa bermula jam 7.25 pagi.
Program ini adalah kerjasama antara Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bersama Radio Televisyen Malaysia melalui rancangan Selamat Pagi Malaysia.
Turut menjayakan program senaman mingguan ini termasuk FIGOS (Malaysia) serta 100 PLUS (Malaysia) melalui tajaan barangan sukan serta minuman tenaga/kesihatan bagi memastikan kecergasan artis-artis budaya yang terlibat dalam mempromosikan Senam seni 1 Malaysia ini.
Program ini juga melibatkan artis-artis budaya dari Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan serta Ibu Pejabat secara giliran.
Senam Seni 1 Malaysia adalah satu produk senaman berirama (senam robik) yang telah diusahakan oleh JKKN dengan kerjasama Istana Budaya dan Majlis Kecergasan Malaysia (MKK), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Gerakan dalam senamrobik ini dikoreograf bersama jurulatih tari dan jurulatih kecergasan dengan memasukkan elemen tarian seperti Joget, Inang, Zapin, Tarian Masyarakat Cina, India, Orang Asli, Sabah dan Sarawak dan gerak seni bela diri masyarakat Malaysia sebagai gerakan senaman dan muzik kaum-kaum di Malaysia sebagai muzik latar.
Tempoh masa gerakan Senam Seni Malaysia adalah selama 27 minit dengan konsep kecergasan menggunakan konsep senamrobik mengikut piawaian antarabangsa yang mengandungi elemen memanaskan badan, regangan, kardiovaskular (aerobik) dan menyejukkan badan. Aktiviti Senam Seni Malaysia boleh dilakukan oleh semua orang kecuali bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik. Versi terkini Senam Seni 1Malaysia mempunyai durasi masanya selama 30 minit mengikut permintaan orang ramai.
Antara objektifnya untuk menjadikan Senam Seni Malaysia sebagai aktiviti menjalin kemesraan, persahabatan dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Ia juga dapat memperkenal gerak dalam tarian tradisional kaum-kaum utama di Malaysia sebagai elemen senaman.
Memasukkan elemen seni budaya dalam aktiviti kecergasan senamrobik. Selain itu melalui aktiviti yang dianjurkan ini, penyertaan rakyat pelbagai kaum, pelbagai peringkat umur, peringkat latarbelakang di dalam satu acara yang serentak dan senada seirama berdasarkan gerak-gerak irama Malaysia dapat menyemarakkan lagi aktiviti seni budaya 1 Malaysia.
Segala maklumat berkaitan Senam seni 1 Malaysia boleh didapati www.jkkn.gov.my atau menjadi rakan Facebook dengan kata kunci 'Senam Seni'....:)
kill it before it lay eggs
Cedric5Lee 1 month ago
tengs upload.mtk izin download.
missAS91 3 months ago