Uploaded by salafiseremban on Mar 2, 2009
Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di langit dan apa yang ada di bumi. Tiada perkataan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempat. Dan tiada (perkataan antara) lima orang melainkan Dialah yang keenam. Dan tiada (pula) perkataan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau yang lebih banyak melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". (QS: Al-Mujadalah, 58:7)
"Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada". (QS. Al-Hadid, 57:4).
Keseluruhan ayat ini sehinggalah ke akhir ayat memperkatakan "Pengetahuan Allah atau ilmuNya" iaitu "Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi".
Ayat ini dimulakan dengan pengkhabaran bahawa Allah Mengetahui (ilmuNya) tentang apa yang di langit dan apa yang di bumi. Dia Mengetahui bisikan dua orang yang berbisik-bisik atau yang lebih dari dua orang.
Ayat ini diakhiri dengan perkataan tentang ilmu Allah, iaitu firmanNya: "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". Ini membuktikan Allah sentiasa bersama kita ilmuNya, bukan zatNya.
1. Imam Ahmad menerangkan: "Dimulakan ayat ini dengan memperkatakan ilmu dan diakhiri juga dengan memperkatakan ilmu".
2. Imam Ahmad menjelaskan: Allah bersama hambaNya ialah yang bersama ilmuNya bukan zatNya",
3. Ibn Jarir dari Ad-Dahak menjelaskan: "Dia (Allah) di atas 'ArasyNya dan yang bersama dengan mereka (manusia) ialah ilmuNya. Bahawasanya Dia menyaksikan mereka dengan ilmuNya dan Dia (Allah) di atas 'ArasyNya".
4. Imam Ibn Katsir menjelaskan: "Oleh kerana yang demikian, telah menceritakan bukan seorang malah secara ijmak atas kesepakatan mereka bahawa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah Allah bersama seseorang ilmuNya".
5. Al-Hafiz Imam Ibn Katsir menjelaskan: "Tidak tersembunyi dari pengetahuanNya segala apapun perkara (urusan) mereka, oleh kerana itu Allah berfirman: Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".
6. Sufiyan At-Tsauri: "Sesungguhnya (yang dimaksud) ayat tersebut ialah Ilmu-Nya sebagaimana yang telah diriwayatkan dari Bukhari".
7. Berkata az-Zahabi: "dari Ma'dan berkata: Aku telah bertanya kepada Sufiyan at-Thauri tentang firman Allah (Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada) beliau berkata: (Yang bersama ialah) IlmuNya".
8. Ibn Jarir menafsirkan: "Dia melihat kamu wahai manusia! Di mana sahaja kamu berada, Dia mengetahui tentang kamu dan mengetahui segala amal kamu.., dan Dia di atas 'ArasyNya dan 'ArasyNya di atas langit yang ke tujuh".
9. Ibnu Katsir: "Dia (Allah) mengawasi kamu, memerhatikan segala perbuatan kamu di mana sahaja kamu berada sama ada di daratan atau di lautan, dimalam hari atau disiangnya, di dalam rumah-rumah kamu atau di luar rumah. Maka segala-galanya itu dalam pengetahuanNya (ilmuNya) tanpa terkecuali. Segala-galanya adalah di bawah penglihatanNya, pendengaranNya, maka Dia mendengar percakapan kamu, melihat kedudukan kamu, mengetahui semua rahsia-rahsia kamu dan bisikan kamu kerana Dia telah berfirman: "Ingatlah, sesungguhnya (orang munafik itu) memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripadanya (Muhammad)! Ingatlah, diwaktu mereka menyelimuti dirinya dengan kain, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka lahirkan! Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati".
10. Imam Ibnu Katsir menjelaskan: "Tiada Ilah (yang wajib diibadahi) selain Dia, tiada Tuhan (Pencipta) selain Dia dan telah thabit di dalam hadis sahih bahawa Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda kepada Jibril semasa ditanya tentang ihsan, baginda bersabda: Hendaklah kamu menyembahNya (Allah) seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihat kamu".
Semua keterangan di atas menjelaskan bahawa "Allah Maha Mengetahui" apa sahaja yang dilakukan oleh makhlukNya dan apa yang tersemat di hatinya kerana ilmu Allah bersamanya, bukan zatnya.
"Dan Dialah Allah (yang disembah), baik di langit atau di bumi, Dia mengetahui apa yang kamu lahirkan dan mengetahui apa yang kamu usahakan". (QS. Al-An'am, 6:3).
Sumber: Yang benar Mazhab Syafie bukan Wahhabi, Ustaz Rasul bin Dahri.
-
9 likes, 5 dislikes
6:42
AQJ1DVD6S10 : Apa itu Allah?by paradisewoodDRAY2,490 views
2:32
Hukum Menyapu Muka Selepas Salam.by UniSainsMalaysia82,489 views
9:52
DAJJAL - Awas! empat jenis dajjal (Ruwaibidah)by salafiseremban8,576 views
2:42
Bersihkan Hati Dengan Berkhalwatby malaysianews74,908 views
7:41
rahsia lautan dalam 4/4by kulitukar41,350 views
1:05
Allah Wujud Tanpa Bertempatby suraudelima9,615 views
8:19
Di Mana Allah - Ustaz Rasul Dahri 2by caedere17,239 views
11:02
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!by salafussoleh240,463 views
4:35
Dakwaan Ustaz Rasul Dahri Letak Tangan Atas Dada Perlu Dinilai Semulaby proalahkam213,198 views
4:18
keajaiban Allah.. Azan berkumandang di seluruh dunia tanpa hentiby monggoljb24,631 views
8:19
Di Mana Allah - Ustaz Rasul Dahri 4by caedere9,235 views
3:42
Dr MAZA - Takwil Sifat ALLAHby HAKIMHULAIMI4,131 views
10:00
ceramah kuliyah subuh Prof.Dr. Abuya Hamka(1)by zazali12344,390 views
8:19
Abu Syafiq menyanggah Ustaz Rasul Dahriby jalanmeru18,392 views
9:01
Penangkapan Dr Asri oleh JAIS dan Fitnah PGSM (Part 3) Bantahan...by anasmelaka8,042 views
8:17
Di Mana Allah - Ustaz Rasul Dahri 3by caedere11,529 views
1:59
Fitnah terhadap Ibnu Taimiyyah : DI MANA ALLAH ?by jalanmeru8,533 views
9:51
Ust Ahmad Dahari.1by MasjidHjMuhdSalleh2,577 views
4:29
SIFAT 20 FEATURES OF ALLAH SWTby TUAKELADI5613,163 views
9:40
Mari belajar sembahyang (solat) 2by salafiseremban4,615 views
- Loading more suggestions...
ustaz ni tinggi ilmunya jumpalah dan bermuzakarahlah dengan ilmuan lain supaya dapat berbincang dan satukan pendapat dan jgn confusekan org ramai.
insyaALLAH
azmey64 3 months ago
@efanamir ga ush kau mencari tahu tentang allah kau bisa gila di buatnya klo di umpamakan itu laut sebagai tintanya dan pepohonan sbagai alat tulisnya dan daratan sebagai kertasnya,,sungguh ilmu allah lbih luas dari pada itu
j0kerpoker 5 months ago
@dmanusn77306
mksudnya allah itu selalu ada untuk kita di saat kita melupakan allah alah tidak akan pernah melupakan kita
j0kerpoker 5 months ago
Allah maujudan bila makan
ayamkatik93 7 months ago
Yg tahu dimana ALLAH cuma RASULLULLAH saja, kerana dlm sejarah tiada satu Nabi pun yg mikraj kecuali RASULLULLAH , Dan mikraj Nya RASULLULLAH menembusi tujuh petala langit , nak tahu dimana ALLAH tanyalah RASULLULLAH kerana dia saja mengetahui Akan keadaan ALLAH bukannya kita atau uzstad2. Apa yg di perkatakan beliau semuanya KIAS belaka, hedaklah kita fikir dan renung dalam2, kerana Ulama' yg sebenar Ulama' tidak dapat kita kenal dgn mata kepala kecuali dgn ILMU.
alcryaya 8 months ago
@cingai @BasitKazimi Nabi s.a.w diangkat diatas langit yg ke tujuh semasa peristiwa isra mikraj bertemu Allah. Allah bersemayam di atas ArsyNya. namun begitu ilmu Allah meliputi apa yg di langit dan di bumi dn Allah maha mengetahui segala sesuatu.
ampdublin 8 months ago
@BasitKazimi Nabi s.a.w diangkat diatas langit yg ke tujuh semasa peristiwa isra mikraj bertemu Allah. Allah bersemayam di atas ArsyNya. namun begitu ilmu Allah meliputi apa yg di langit dan di bumi dn Allah maha mengetahui segala sesuatu.
ampdublin 8 months ago
diatas nya Allah azwj adalah layak dengan sifat Nya...
tiada satu pun sama dengan allah azwj..
marilah kita pegang kefahaman orang2 salaf...
zawalify 1 year ago 2