Berita TV3- Lawatan TPM ke Kota Marudu

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
1,225
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Sep 24, 2010

TPM melancarkan Cyber Security di SMK Tandek, Kota Marudu, Sabah. TPM juga meluluskan projek pembinaan sekolah baru untuk SMK Bandau dan SMK Langkon yg selama ini menumpang di sekolah rendah.

____________________________________________
Dipetik dari Berita Harian:
Pastikan sumber maklumat daripada Internet tepat, sahih: Muhyiddin

2010/09/24
KOTA MARUDU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya memastikan sumber maklumat yang diperolehi menerusi internet datang daripada sumber tepat dan sahih.

Beliau berkata, ia kerana peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) boleh mewujudkan persekitaran negatif, termasuk ancaman ke atas guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap merasmikan program Kafe Siber di Sekolah peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek di sini, sebentar tadi.

___________________________________________

Program 'CyberSAFE in Schools' dilancarkan TPM
24/09/2010 3:38pm

KOTA MARUDU 24 Sept. - Program 'CyberSAFE in Schools' yang berobjektif menerapkan nilai dan etika berinternet secara selamat dan berhemat di kalangan pelajar dilancarkan hari ini.

CyberSAFE atau Cyber Security Awareness For Everyone merupakan satu daripada inisiatif di bawah program Innovation@Schools, satu usahasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dengan Kementerian Pelajaran.

Program peringkat kebangsaan itu yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin di SMK Tandek dekat sini hari ini merupakan satu lagi langkah kerajaan di dalam mengukuhkan prasarana keselamatan siber negara dengan fokus kepada bidang pendidikan.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, melalui program itu diharapkan dapat meningkatkan tingkah laku serta cara berinternet dengan selamat di kalangan pelajar dan guru.

Katanya, dalam usaha kerajaan untuk memperluaskan capaian rakyat kepada ICT serta mempertingkatkan lagi penggunaannya, harus diingat bahawa walaupun ICT merupakan alat yang boleh diguna untuk pelbagai tujuan baik, ia juga mampu mewujudkan persekitaran negatif yang mendedahkan anak-anak kepada aktiviti tidak sihat. - Bernama

Category:

People & Blogs

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (1)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • Wau..my smk bandau...i miss to see...

Loading...
Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more