Tarikh : 6 Disember 2009
Tempat : Perkarangan Bangunan UMNO Bahagian Padang Rengas
Alhamdulillah bertempat di Perkarangan Bangunan UMNO Bahagian Padang Rengas telah berlangsung Program Khatan Perdana anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas . Program ini telah berjaya menarik seramai 140 orang peserta dikalangan anak-anak masyarakat di dalam Parlimen Padang Rengas . Seawal jam 7.30 pagi lagi , para peserta dan keluarga telah mula hadir walaupun pendaftaran hanya dibuka jam 8.30 pagi . Ini kerana giliran untuk berkhatan ditentukan melalui giliran pendaftaran pada pagi tersebut .
Pada jam 10 pagi , para peserta telah diarak oleh pasukan kompang Pemuda UMNO Cawangan Kg. Setor bersama Dato Siti Salmah Mat Jusak serta kepimpinan UMNO Bahagian Padang Rengas . Majlis perasmian telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Supian ( AJK Pemuda Bahagian ) diikuti oleh ucapan alu-aluan Saudara Jadrulhisham ( Naib Ketua Pemuda ) mewakili Ketua Pemuda Bahagian yang sedang mengikuti Kursus Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia di Janda Baik . Majlis diteruskan dengan ucapan En Kamarulzaman Hj Abd Rahman seterusnya ucapan perasmian oleh Dato Siti Salmah Mat Jusak . Para peserta telah diberikan sehelai kain pelekat , bunga telur dan sumbangan wang tunai oleh Dato Siti Salmah . Selesai majlis perasmian , para peserta telah diraikan dengan jamuan makan tengahari .
Majlis mandi beramai-ramai oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Kuala Kangsar telah berlangsung jam 11.30 pagi . Majlis berkhatan telah bermula jam 12 tengahari di dalam Bangunan UMNO Bahagian Padang Rengas dan dilakukan oleh 8 orang Pembantu Perubatan yang diketuai oleh En. Khairuddin Azahari ( Ketua Penerangan UMNO Bahagian Padang Rengas ) . Perbagai ragam dan karenah peserta dapat dilihat sepanjang majlis ini berlangsung . Pihak PPU Bahagian telah menyediakan 1 bilik khas bagi para peserta menikmati tayangan video ( LCD ) sementara menunggu giliran untuk berkhatan . Setelah berkhatan , para peserta diminta untuk berehat seketika di Bilik Rehat yang disediakan bagi memastikan bahawa tiada apa-apa masalah sebelum dibenarkan pulang ke rumah .Peserta terakhir yang berjaya dikhatan adalah pada jam 7.30 malam .
Pihak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kepimpinan UMNO (4 Peringakat ) Bahagian Padang Rengas , pihak Pembantu Perubatan , Jabatan Bomba & Penyelamat Kuala Kangsar , Jabatan RELA , ibubapa, para peserta serta semua pihak terutamanya masyarakat Parlimen Padang Rengas dalam menjayakan Progam Khatan Perdana 2009 ini . Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas berazam untuk melaksanakan program ini pada tahun-tahun yang akan datang sebagai program tahunan . Ini merupakan sedikit sumbangan dan kebajikan yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas dalam usaha mendekati rakyat serta merealisasikan hasrat YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak supaya " Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan "
I rolled my face over my keyboard, and got bhgn ju, congratulations
spermcubearchives 1 year ago
Moge UMNO Padang Rengas terus maju...
syafiquez 2 years ago