PUTRAJAYA, 1 Sept - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa memutuskan bahawa tiada kekosongan berlaku pada kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh di Kedah.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kerusi itu masih disandang oleh Datuk Abu Hassan Sharif yang memenanginya pada pilihan raya umum ke-12 tahun lepas.
Katanya SPR dalam mesyuaratnya pada Selasa sebulat suara memutuskan bahawa Adun Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.
"Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh Adun Kota Siputeh diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.
8tahun dulu pusat khidmat wakil rakyat DUN SIPUTEH ni dewan orang ramai, lepas 2-3tahun jadi rumah org, lepas tu la jadi pusat khidmat plak, apa betui2 status bangunan ni, heran sungguh
edphotography 10 months ago