Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

SIS Dan WOA Pertikai Undang-undang Syariah Negara

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
1,557
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Oct 2, 2009

KUALA LUMPUR, 1 Okt - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Sisters in Islam (SIS) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WOA) kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu apabila mempertikaikan pelaksanaan Undang-undang Syariah di negara ini.

Presiden PGSM Mohamad Isa Abdul Ralib berkata Pengarah Eksekutif WAO Ivy Josiah dengan angkuh dan biadap mengeluarkan kenyataan yang meminta supaya undang-undang yang bersangkutan jenayah syariah dikaji semula dalam usaha memansuhkannya.

Beliau berkata Pengarah Eksekutif SIS Dr Hamidah Marican pula mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan hukuman sebat ke atas model Kartika Dewi Sukarno oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang dan menganggap hukuman itu sebagai kejam dan perlakuan yang menjatuhkan maruah serta mencabuli hak asasi manusia.

"Kedua-dua mereka membuat kenyataan itu dalam sidang akhbar semalam bersama sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina," katanya dalam sidang akhbar di sini , Khamis.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah wakil daripada Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS), Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Mohamad Isa berkata tindakan pemimpin WOA dan SIS itu secara terang-terangan telah menyentuh dan menjejaskan kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di Persekutuan dan bagi negeri-negeri disamping bercanggah dengan Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Selain itu katanya, mereka juga tanpa berselindung telah menghina hukum syarak yang sedang berkuatkuasa melalui enakmen di negeri-negeri dan mengguris perasaan dan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Mohamad Isa berkata sehubungan itu pihaknya akan membuat laporan polis di balai polis Seksyen 11 Shah Alam 3 petang esok bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dalang disebalik kedua-dua pertubuhan itu sehingga mereka berani menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta menghina dan memperlekehkan hukum Islam serta Undang-undang Syariah di negara ini.

-- BERNAMA

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (7)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • Sister In Stupidity...

    hak yang sama konon.

    kalau ditakdir negara kita berperang..

    hak untuk sama2 pergi berperang..

    kalau lelaki panjat pokok pinang...

    Sister In Stupidity boleh ka...?

  • memang ada sebab Allah menetapkan hukuman tersebut. kalau kita lihat, cara rotan dari segi islam tidak sekejam yang ada sekarang. tujuannya bukan untuk manyiksa tapi untuk org lain supaya sedar. ingatlah semasa hukuman itu dijalankan ketika zaman rasullullah, selama sepuluh tahun cuma ada 2 kes sahaja,,, DUA KES.... takkan kita tak ambil iktibar... takkan SIS & WOA tak boleh pikir....kaji laa dulu....Allah lagi maha mengetahui dari akal fikiran manusia..... tak payah nak komen ikut jeee....

  • SIS ni tak lebih dari womens Libs.Dia bukan berjuang berdasarkan Islam cuma cuba mengelirukan wanita Islam supaya menyanggah undang2 dan peraturan Islam.Ia langsung tidak layak menggunakan perkataan Islam pada nama pertubuhannya kerana pertubuhan ini tidak percaya pada undang2 dan peraturan Islam.Lebuh kurang munafik le.

  • kejam???...

    sebat dlm undang2 syariah adalah utk mendidik bukan menyiksa,,

    salah satu etika sebat syariah:

    tukang sebat tidak boleh mengangkat rotan sehingga ke paras kepala dan pukulan secara sederhana agar tidak melukakan kulit.......ape yg kejamnye????

    lagipon,,kesan positifnye org islam akan takut utk buat dosa (minum arak dll)

    kpd SIS & WOA: pikir la dulu sebelum buat tindakan mengikut nafsu,,kaji la dulu!!!

  • mana org umno yg tunjuk pearsaan kepala lembu kat shah alam tempohari tak sensitif pun isu ini..... coz mungkin anak mahathir pun ada dalam SIS(SETAN IS SETAN)

  • i love to see numbers of malaysian muslim to be caning for drinking..coz MELAYU majority are.. totally shameless..wonder who would be next??

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more