Datuk Seri Liow Tetap Berdegil Ingin Mengadakan EGM Ke-2

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
264 views
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Nov 15, 2009

BENTONG, 15 Nov -- Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan taklimat Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh yang dipengerusikan Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di ibu negara hari ini adalah satu tindakan yang tidak menghormati keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Oktober lepas.

Katanya beliau tidak menghadiri taklimat itu kerana terikat dengan tugas rasminya sebagai Menteri Kesihatan dan wakil rakyat di sini.

"Saya banyak program rasmi dan di kawasan yang telah ditetapkan lebih awal, lagipun saya tahu taklimat itu diberikan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di mana jawatan Timbalan Presiden yang dipegang beliau itu dipertikaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pemakaian Topi Keledar Kanak-Kanak Yang Membonceng Motosikal Ke Sekolah peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Sulaiman di sini pada Ahad.

Liow berkata dalam EGM berkenaan, semua perwakilan telah sebulat suara membuat keputusan bahawa jawatan timbalan presiden tidak dikembalikan kepada Dr Chua dan sepatutnya beliau menghormati keputusan itu.

Beliau berkata tindakan Dr Chua yang enggan menerima keputusan itu jelas menunjukkan beliau memperlekehkan keputusan EGM itu.

"Kita tidak mahu EGM MCA diperlekehkan, diputar-belitkan dan demokrasi dalam MCA dimanipulasikan.

"Kita nak pemimpin kita menghormati EGM sebab itu adalah pandangan bernas dan ikhlas dari ahli parti yang melihat sendiri pergolakan dalam MCA kerana kedua-dua pemimpin (Dr Chua dan presiden Datuk Seri Ong Tee Keat) dalam parti tidak menghormati keputusan EGM," katanya.

Menurut Liow pergolakan dalam parti itu berlaku ekoran keengganan kedua-dua pemimpin tertinggi MCA itu menghormati dan menerima keputusan EGM MCA yang diadakan pada 10 Okt lepas di mana ia meluluskan usul tidak percaya terhadap Ong sebagai presiden parti dan usul tidak mengembalikan jawatan timbalan presiden kepada Dr Chua.

Liow berkata apa yang penting bagi beliau sekarang untuk memastikan perjalanan dan aktiviti dalam parti adalah berlandaskan prinsip dan mematuhi perlembagaan parti bagi memartabatkan parti agar dihormati anggota dan masyarakat.

Sebagai anggota parti, katanya beliau hanya menjalankan tugasnya dalam menasihati pemimpin-pemimpin parti supaya perlu menjalankan tugas mereka dengan betul.

-- BERNAMA

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (5)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • 丢我们海南人弟子的面子,做马华总没有权利乱砍人。把所有的华人­面子丢光了。

    以前是你用色情光碟把蔡细历拉倒,现在说是魏家祥是后幕人士,你­说你是不是一个很没有用的人?

    马来西亚,satu malaysia , 你做到吗?

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more