Mangsa tembakan cari menteri di Hulu Selangor!

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
1,641
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Apr 21, 2010

Berita oleh Dzulfikar Mashoor - HarakahDaily

HULU SELANGOR, 21 April: Norizan Salleh, 30, wanita yang ditembak oleh polis sebanyak 5 das pada Oktober lalu mengambil keputusan turun sendiri ke Hulu Selangor untuk bertemu dengan menteri-menteri berkaitan dan bertanya tentang nasib yang menimpa dirinya.

"Saya berada di (Parlimen) Hulu Selangor ini kerana saya yakin banyak menteri turun berkempen di sini (sempena) pilihan raya ini. Jadi kedatangan saya ke sini untuk bertanya kepada menteri-menteri terbabit tentang kes saya.

"Kenyataan Menteri (Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein) kata tidak ada apa-apa yang berlaku (sedangkan) polis menembak saya dan sebab itu saya di sini," jelas beliau dalam suatu sidang media (gambar) di Pusat Informasi dan Media, Kuala Kubu Baru, pagi tadi.

Bercakap pada sidang media yang sama, N. Surendran, peguam kepada Norizan mendesak Hishamuddin supaya bertanggungjawab atas penyalahgunaan kuasa oleh Ppolis ke atas anak guaman beliau.

"Kita cuma nak tanya, apa sudah jadi dengan Norizan, mengapa polis yang melepaskan lima das tembakan hidup-hidup kepada Norizan sehingga hari ini tidak dikenakan tindakan," soal beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa kecewa dengan sikap Hishamuddin yang dilihat tidak ikhlas serta prihatin terhadap nasib yang menimpai anak guamannya.

"Menteri telah berjanji kepada saya dan Norizan di Parlimen bahawa beliau akan siasat kes ini, mengapa dalam suatu kenyataan media (yang lain), dia menghina Norizan pula.

"Sepatutnya menteri menjaga rakyat, tetapi (kenyataan) Hishamuddin seolah-olah tidak memperlihatkan keikhlasannya kepada Norizan."

Katanya lagi, Hishamuddin sepatutnya menyiasat anggota polis terbabit kerana polis terbabit turut mengheret Norizan keluar dari keretanya di ibu negara, lalu menendang Norizan sehingga patang tulang rusuk.

Meneliti laporan Norizan, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kes tembakan Norizan tersebut sebenarnya bermotif membunuh (shoot-to-kill).

Tegas beliau lagi, sekiranya pegawai polis yang menembak Norizan tidak disoal siasat dan dihukum, beliau berkata, sesiapa pun rakyat selepas ini boleh sewenang-wenangnya ditembak oleh polis tanpa usul periksa.

Menyambut kenyataan Norizan dan Surendran, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya pula menyifatkan Hishamuddin tidak layak menjadi menteri kerana langsung tidak bertanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di Hulu Selangor supaya mempertahankan kemenangan di Parlimen Hulu Selangor dengan memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 1 dislikes

Link to this comment:

Share to:

Top Comments

  • wahai pemimpinkuu... peganglah AMANAH dengan AMANAH, takutlah kamu dengan ALLAH. Berlaku adil lah dengan semua yang bernyawa. INSAF LAH !!!!

  • Hishamudin tu mmg jahat!!! Banyak dosa dia dah buat!!! Tunggu Masa jer...

see all

All Comments (5)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • Wanita ni bangsa Melayu..mana UMNO?..membela orang melayu... ke membela kroni jer..

  • ......BN best !!!!

  • kalau si altantuya kes anak bekas diplomat mongolia pn boleh senang2 cuci bwh karpet..apatah lg mangsa2 kecil mcm ni...biar je pun diorang boleh lps..diorgkan ORG2 atas..kita ni bwh tpk kaki diorg je..

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more