Uploaded by paskemaman on Jun 18, 2009
KUALA LUMPUR, 18 Jun -- Borang pengisytiharan kesihatan akan diwartakan minggu depan bagi mewajibkan pelawat dan rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara mengisinya berikutan wabak influenza A (H1N1), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya individu yang gagal mengisi borang itu boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
"Sekarang ini pengisiannya tidak dibuat secara mandatori, ia dibuat secara sukarela sahaja, sejak beberapa bulan yang lepas.
"Hari ini kita bersetuju supaya borang ini diwartakan dan ia akan diwartakan minggu hadapan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik Influenza A(H1N1) di bangunan Parlimen di sini.
Ia merupakan satu daripada 10 langkah yang diumumkan oleh Muhyiddin untuk menangani penyakit Influenza A(H1N1) yang kini menular ke Malaysia.
Malaysia mencatatkan kes penularan tempatan pertama influenza A(H1N1) semalam membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun.
Sehingga pukul 8 pagi semalam, sebanyak 22 kes import dilaporkan di seluruh negara membabitkan 13 rakyat tempatan, tujuh warga asing, seorang pemastautin tetap Malaysia dan seorang pemastautin Amerika Syarikat, manakala sejumlah 904 pesakit masih di bawah penyiasatan.
Mesyuarat, yang berlangsung selama dua jam itu, diadakan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan tahap enam pandemik itu.
Mesyuarat itu turut memutuskan sembilan lagi langkah yang perlu diambil kerajaan dan pihak berkaitan bagi membendung penularan wabak influenza A(H1N1) di negara ini.
Muhyiddin berkata, pendekatan "social distancing" penting bagi menangani wabak itu jika berlaku di sesuatu lokasi, seperti melarang perjumpaan, majlis awam dan menutup sekolah untuk tempoh tertentu seperti yang dilakukan di kebanyakan negara terbabit.
"Tetapi ia hanya akan dilakukan bila kita buat keputusan. Ini kita tak bagi mandat kepada sekolah atau jabatan buat sendiri, ia akan diputuskan oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh saya, sama ada tempat itu boleh mengadakan perjumpaan ataupun tidak," kata beliau.
Selain itu, Muhyiddin turut meminta pihak hospital mengurangkan atau menghadkan bilangan pelawat manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit.
Keputusan lain yang dicapai pada mesyuarat itu termasuk penguatkuasaan undang-undang agar pihak berkuasa tempatan menjaga kebersihan tandas awam dan pelalian vaksin influenza bermusim bagi golongan berisiko.
Selain itu, penyediaan topeng muka oleh operator pengangkutan kepada penumpang serta saringan suhu badan di hospital kerajaan dan swasta juga akan di lakukan.
Muhyiddin berkata pihak pengurusan agensi atau kementerian yang menyediakan perkhidmatan utama perlu memastikan anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan jangkitan influenza.
Selain itu, katanya, pemeriksaan kesihatan dan suhu badan bagi penumpang dari negara berisiko penularan wabak itu iaitu Amerika Syarikat, Melbourne, Australia dan Manila, Filipina, akan dilakukan di dalam pesawat.
Muhyiddin juga meminta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menggiatkan kempen kesedaran pandemik itu melalui media massa.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata rakyat di negara ini tidak perlu panik dengan penularan tempatan kes itu kerana ia berada dalam keadaan terkawal.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican yang turut hadir pada mesyuarat itu pula berkata pihaknya telah mengenalpasti 20 kontak pelajar perempuan yang dijangkiti wabak berkenaan.
"Kesemua mereka kini dikenakan kuarantin rumah," katanya.
-- BERNAMA
-
0 likes, 0 dislikes
1:44
Pos Malaysia (Gadoh).mp4by berrie891,269 views
8:49
Gaji minimum amah tidak dibincangkan: Subramaniamby BHonline1390 views
0:47
Besi çiftliğindeki küçük danalarby jyumur15,728 views
0:30
H1N1 Advertisement (English Version)by andyong78460 views
3:04
hukuman mandatoriby tqiyy512 views
3:38
#3 TANDAS ( Kebersihan Tanggungjawab Bersama )by ZackMerican590 views
1:30
Swine Flu - A9 H1N1 - Why it is Mildby femr281,123 views
3:02
TV Hijrah Sambutan Valentineby motivasiminda432 views
13:45
Ucapan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razakby klposdotcom603 views
1:07
Rakyat berkumpul untuk pemastautin sementaraby pemudatawau756 views
3:38
H1N1 band malaysiaby msyairi460 views
4:16
Timur, Kerim ve Selin ile Cuma gunu gezisiby jyumur198 views
1:54
Guru Sekolah Agama Rakyat Terlampauby zain0ys26,641 views
9:01
Mancook TV - Influenza H1N1by MAR1BASHER168 views
2:09
Student has A(H1N1) fluby thestaronline1,343 views
1:19
Tandas Berkualitiby kumprinx4,851 views
5:35
Troy Cory Show 4406-00 China Moon NBS1908 "CREDITS" Xingtvby LookRadio480 views
2:45
PPSMI Latest Decisionby asniz78498 views
7:36
Sidang Meja Bulat Parlimen [4] - Ucapan Senator Tunku Azizby jiwokelate2009281 views
1:07
Video Pencegahan Flu A-H1N1 (Flu Babi)by andikapambudi4,486 views
- Loading more suggestions...
Nothing will be taken seriously by government until our DPM and PM is inffected by H1N1......
2008bestfriend 2 years ago