Episod 1 tirai pembukaan bagi tahun 2012 bersama 6 kru Az PAG,AJ,Ash,Atoi,Mirol,Yusri dan seorang rakan jemputan dari fan page FB kami yang bernama Ron pergi ke sebuah lokasi yang agak terkenal dengan kisah mistik dan bualan mulut orang tempatan.Ada juga yang memberi pandangan bahawa tempat itu telah di `xplore` oleh banyak team paranormal.Setelah berbincang,kami memutuskan untuk membuat kajian disana.Kes paranormal ini banyak berhubung kait dengan `rezki`.Kalau ada rezki kita,adalah.Ianya tidak sesekali untuk mematahkan semangat kru-kru PAG untuk terus membuat kajian dan berkongsi dengan orang ramai tentang kejadian dan kewujudan entiti paranormal ini.Pada mulanya kami tidak bersetuju untuk ke lokasi tersebut atas faktor keselamatan kru.Kru `peninjau` AJ telah pergi ke lokasi itu pada akhir tahun 2011 untuk melihat sendiri kesesuaian bagi kru PAG membuat kajian.Dalam pada masa itu juga AJ sempat berjumpa dan bertanya dengan penduduk kampung orang asli tempatan tentang kisah tempat itu,dan majoriti menyatakan bahawa tempat itu sangat merbahaya untuk orang luar kerana ia terletak jauh dari penempatan dan terletak betul-betul ditengah hutan.Ada juga yang menyatakan ada warga asing yang hilang dikawasan itu dan paling menakutkan kehadiran `pak belang` dan babi hutan yang gemar berkeliaran pada waktu malam.Setelah kru PAG membuat keputusan bersama,kami menyediakan kesemua peralatan dan terus ke kawasan terbabit pada tepat jam 12 malam 14 Jan 2012.
http://www.pag-paranormal.blogspot.com
dah ok dah korang punya penyiasatan, tp aku rasa banyak sangat la orang dalam team ko tu...hantu/pontianak/langsuir pun takut nak tonjolan diri kalau ramai sangat orang
slier81 2 weeks ago
mne pic lembaga yg korg ckp tue ? 3 shot ..
MrZephyc 3 weeks ago
wow...ade baru lg ni..
best2x~
TheHanardy 1 month ago
Siapa la design borang dia.. guna la typeface yang senang baca skit.. gothic sangat tuu..
fadzlifauzi 1 month ago
Lama sangat intro boleh tido laaaaaaaa macam niiiii
fadzlifauzi 1 month ago
x takut pon..hantu je takut aku..hahaha
MrMujahideen94 1 month ago