Video dokumentari Dugaan Negara era 1948-1960 memberi tumpuan kepada episod pedih dalam zaman dharurat yang membabitkan aktiviti penentangan oleh Bintang Tiga atau Parti Komunis Malaya (PKM). Paparan video ini akan menyentuh mengenai pelbagai langkah yang diambil oleh pemerintah British dan kemudian Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bagi membendung kegiatan PKM ini yang berakhir pada tahun 1960. Video ini saya hasilkan untuk Memorial Perisytiharan Kemerdekaan, Arkib Negara Malaysia beberapa tahun lalu (arahan, skrip, penyelidikan).
Laungan sesetengah pihak agar mereka kembali ke malaysia memang tidak masuk akal. Jelas mereka ini bersimpati tanpa sebab. Mungkin juga mereka tidak hidup pada masa genting ini. Mana mungkin 'pengganas kemanusiaan' ini boleh dibenarkan menjadi rakyat Malaysia kembali. Ada yang gila akan menganggap mereka wira. Cukuplah Malaysia dengan masalah perkauman sedia ada. Entah apa akan jadi jika pertelingkahan ideologi timbul?
nastykurtbadboy 8 months ago