KUALA LUMPUR, 29 Nov -- Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pada hari Ahad menolak Deklarasi 1128 yang dipersetujui kumpulan penyokong Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam yang mahu pemilihan semula parti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Ong menyifatkannya tuntutan deklarasi itu semata-mata mahu pemilihan semula parti itu diadakan segera sedangkan jika ia (pemilihan semula) mahu diadakan, ia perlu mengikut perlembagaan parti dan dirujuk kepada Jawatankuasa Pusat (CC).
"Adalah penting bagi semua pihak mematuhi perlembagaan parti," katanya pada sidang media selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aidiladha 2009 kawasan Pandan di sini.
"Kalau kita sayang demokrasi dalam MCA, kenalah semua pihak akur kepada amalan ataupun akur kepada keputusan yang dibuat majoriti ahli CC, takkanlah yang majoriti ini kena tunduk kepada yang segelintir. Itu bukan caranya kita menguruskan parti atau demokrasi parti," jelasnya.
Persoalan sama ada mahu ditunda Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ataupun tidak hendaklah dirujuk kepada CC dan setahunya AGM itu akan tetap diadakan pada 5 Dis ini, kata Ong.
Mengenai dakwaan golongan yang menyokong Liow yang hanya mahu pemilihan baru diadakan untuk ahli CC dan tidak perlu bagi sayap Pemuda dan Wanita, Ong berkata, pemimpin di peringkat akar umbi mahu pemilihan diadakan serentak mengikut perlembagaan parti dan seperti mana yang telah dibuat UMNO.
Ong mendakwa semasa beliau berada di London baru-baru ini banyak fitnah dilemparkan terhadapnya mungkin kerana ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya yang mahu penyelewengan projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) disiasat.
Katanya, beliau sedar ada banyak pihak yang mahu menjejas dan menghancurkan kerjaya politiknya tetapi demi untuk kebenaran beliau tidak akan mengalah.
-- BERNAMA
Ong Tee Keat!! You Are scammer !!!!
GamezEX 2 years ago
Ong Tee Keat , dia ingat apa yang dia sudah buat orang lain tak tahu. Tapi malangnya rakyat malaysia lebih bijak dan tahu guna internet untuk dapat maklumat yang lebih tepat!!
Ong Tee Keat !! Awak memang seorang penipu !! Awak memang sangat LAME !!
GamezEX 2 years ago
丢我们海南人弟子的面子,做马华总没有权利乱砍人。把所有的华人面子丢光了。
以前是你用色情光碟把蔡细历拉倒,现在说是魏家祥是后幕人士,你说你是不是一个很没有用的人?
马来西亚,satu malaysia , 你做到吗?
samuelfool 2 years ago