Drama ini menjejaki perjalanan hidup tiga lelaki berbeza bangsa, berlatarkan pelbagai peristiwa dan pencapaian penting negara samada dalam bidang hiburan, sukan, politik , ekonomi, sosial dan sebagainya. Ia tentang PIRAMLI, LEE CHOW KIT dan JEGATHESAN yang lahir pada 1957 di pekan kecil, Kuala Kubu, Selangor. Piramli dinamakan sempena P Ramlee yang menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Asia, Tokyo (1957). Lee Chow Kit sempena nama Loke Chow Kit, pelombong bijih timah yang namanya dikenang dengan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. JEGATHESAN sempena nama Mani Jegathesan, olahragawan negara ke Sukan Olimpik sebanyak tiga kali.
http://astro.com.my/program/default.asp?i=29715&m=9
Link to this comment:
Video Responses
All Comments (0)