TEKS PENUH: Terdapat segelintir orang Islam mengatakan SAPP sebagai 'parti kafir'. Seolah-olah di Sabah dan Malaysia amnya hanya orang-orang Islam sahaja yang boleh menjadi pemimpin dan ini merupakan pendapat yang 'cacat'. Biar saya terangkan. Pertama, katalah hendak menaiki kapalterbang, adakah kita tanya siapa pilotnya terlebih dahulu dan kalau orang bukan islam kita tidak jadi naik kapalterbang berkenaan? Kedua, bagi ramai rakyat di Sabah ini tidak masuk akal kalau mahu mencari pekerjaan dan menyara hidup dengan semata-mata bergantung kepada firma-firma dan syarikat-syarikat kepunyaan orang-orang Islam atau dipunyai oleh parti melayu. Tujuan asas kita (SAPP) ialah untuk membela nasib rakyat, membela negeri ini yang telah lama dieksploitasi. Saya percaya sudah banyak yang boleh dipelajari hasil dari pemerintahan yang lalu.
Link to this comment:
All Comments (0)