Mayat Ibu dan anak ditemui reput dan berulat

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
79,246
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Mar 25, 2010

Mayat dua beranak yang sudah berulat selepas dipercayai terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 417.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran susur keluar plaza tol Bukit Tagar di sini pada 18 Mac lalu ditemui semalam.

Kereta yang dinaiki mangsa terjunam dalam gaung sedalam 50 meter menyebabkan mereka gagal dikesan.

Kedua-dua beranak terbabit yang dikenali sebagai Margerat Maniam, 34, dan bayinya, Ezekiel Shammah John Robert, berusia setahun ditemui seorang pekerja pembersihan yang menjalankan kerja membersihkan semak di kawasan berkenaan sebelum menghubungi polis kira-kira jam 3.30 petang.

Turut ditemui pakaian, cerek elektrik, dokumen pengenalan diri dan lampin pakai buang dipercayai milik mangsa.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa yang berasal dari Taman Bukit Cheras ditemui kira-kira 13 meter dari kenderaan yang dipercayai digunakan mereka dalam perjalanan ke utara. Polis menerima maklumat petugas lebuh raya yang ketika itu menjalankan kerja pembersihan.

Hasil maklumat itu sepasukan polis tiba dan menemui dua rakan manusia yang sudah berulat dan berbau busuk, katanya. Norel berkata, sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Sivakumar Thangarajo, 23, berasal dari Sungai Besi, dipercayai pemandu kereta itu ditemui oleh petugas pembersihan lebuh raya pada 20 Mac lalu kira-kira jam 7 malam sebelum menghantarnya ke Hospital Slim River (HSR) untuk rawatan. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan dan sehingga kini polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah. Sehingga jam 8.25 malam semalam, Unit Forensik masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 5 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (7)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • sungguh kasihan ...sngat menyedih kan...

    harap2 kejadian mcm ni x berlaku lg...

  • Takziah kepada waris-waris mereka . Semoga si suami sembuh dari kecederaannya dan banyak-banyak bersabar dengan musibah yang begitu besar ini . Aaamiiin .

  • allohuakbar...Kau maha memiliki dan maha mengambil..ampuni mereka tempatkan mereka di sisiMu

  • sadisnye,,sian laki tu..sedar2 isteri dan anak dah tiada..

    

  • mashaallah...

  • cmne ar penerimaan seorng ayah yg kehilngan kedua org yg di syg

    aku x dpt gmbar kan un

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more