Apa itu Program Semai Mesra (PSM)?
Semai Mesra adalah satu initiatif Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), di bawah Sekretariat Antarabangsa, untuk mempertemukan pelajar-pelajar yang bakal ke Australia/New Zealand dengan graduan-graduan dan pelajar-pelajar yang sedang belajar di sana.
Inisiatif ini, yang bermula sejak tahun 2001 telah memberi pendedahan yang berharga kepada bakal pelajar, sebagai persediaan mereka untuk menempuh kehidupan di luar negara.
Objektif PSM
Antara objektif penganjuran PSM adalah seperti berikut:
1. Perkongsian pengalaman tentang proses pembelajaran di luar negara (khususnya Australia dan New Zealand) oleh para pelajar lama (termasuk para pelajar yang masih belajar dan graduan-graduan yang telah menamatkan pengajian) bersama para peserta PSM.
2. Merungkai kemusykilan tentang proses pengajian dan suasana kehidupan di luar negara melalui sesi perkenalan dan soaljawab yang lebih interaktif dan berkesan.
Membantu dalam pemilihan subjek dan kursus-kursus terbaik berkaitan pengajian ijazah yang akan para pelajar baru tempuhi.
Memudahkan para pelajar yang seringkali risau dengan perubahan suasana pembelajaran termasuklah suasana masyarakat, cuaca (4 musim), makanan dan lain-lain lagi, kerana dalam PSM ini, para pelajar akan didedahkan dengan kehidupan seharian para pelajar sedia ada di Australia/New Zealand.
3. Menghubungkan para peserta PSM dengan para pelajar yang sedang belajar di Australia/New Zealand bagi kemudahan para pelajar baru di kedua-dua buah negara.
Mengatur kediaman/tempat tinggal/accommodation yang paling sesuai (ie. paling menjimatkan, berdekatan universiti, selesa, mempunyai akses pengangkutan awam, internet dan telefon, bekalan makanan halal dan sebagainya) kepada para pelajar baru.
Berkenal-kenalan sesama pelajar.
Menghubungkan para pelajar baru kepada persatuan-persatuan pelajar sedia ada di Australia/New Zealand
Mendaftarkan para pelajar dalam Jabatan Pelnuntut Malaysia di Luar Negara.
Sejarah PSM
PSM telah dianjurkan bermula 2001 dan diteruskan setiap tahun sehinggalah kini. Dahulunya PSM dikendalikan oleh AUSIS tetapi sekarang dianjurkan oleh pihak SekretariatAntarabangsa ISMA.
Lanjut
sila hubungi:
SEKRETARIAT ANTARABANGSA
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
NO. 25-1-1 & 27-1-1, JALAN MEDAN PB 1A,
SEKSYEN 9, BANDAR BARU BANGI,
43650 BANGI, SELANGOR
www.ismaweb.net
Salam...dtg jgn x dtg..nnti kita jumpa di sana..iAllah
kihydi 2 years ago
InsyaAllah sy akan datang
-baem wollongong-
baemcput 2 years ago