Imam Syafie Membahagi Bidaah kepada Dua (Bidaah Hasanah dan Bidaah Sayyi'ah)

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
5,558
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Mar 2, 2009

Definisi bidaah oleh imam Syafie yang diselewengkan oleh mubtadi' untuk mempertahankan bidaah-bidaah mereka.

Di dalam kitab "Ar-Risalah" oleh Imam Syafie, beliau telah menyentuh isu bid'ah, beliau dengan tegas memberi peringatan melalui kata-katanya yang masyhur:

مَنِ اسْتَحْسَنَ فَقَدَ شَرَّعَ وَمَنَ شَرَّعَ فَقَدْ كَفَرَ
"Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik satu-satu amalannya yang direka), bererti dia telah membuat satu syariat dan sesiapa yang membuat syariat, maka ia sudah kafir". (Lihat: حاشية جمع الجوامع Jld. 2. hlm. 295.)

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أمْرُنَا فُهُوَ رَدٌّ. رواه مسلم.
"Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan perintah kami (Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya) maka amalan itu tertolak". H/R Muslim.

مَنْ اَحْدَثَ فِىْ اَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌَّ. رواه البخارى ومسلم.
"Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam urusan (agama) kami ini sedangkan ia bukan (dari kami) maka ia tertolak". H/R al-Bukhari dan Muslim

مَنْ صَنَعَ اَمْرًا عَلَى غَيْرِ اَمْرِنَا فَهُوَ رَدٌّ. رواه ابن ماجه.
Barangsiapa yang mencipta urusan (agama) yang bukan suruhan kami, maka ia tertolak".

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَمَّدًا فَلْيَتَبَوَّأ مَقْعَدُهُ مِنَ النَّارِ.
الحديث المتواتر.
"Sesiapa yang berbuat dusta (pembohongan) atas (nama)ku, maka hendaklah dia bersiap untuk menerima tempat duduknya dari api neraka". (Hadis Mutawatir.)

أبَى اللهُ أنْ يَقْبَلَ عَمَلَ صَاحِب بِدْعَةٍ حَتَّى يَدَعَهَا.
"Allah enggan menerima (menolak) amalan pelaku bid'ah sehinggalah ditinggalkan bid'ah tersebut". )H/R Ibn Majah (49). Muqaddimah.)

فَلْيَحْذَرِ الَّذِيْنَ يُخَالِفُوْنَ عَنْ اَمْرِهِ اَنْ تُصَيْبَهُمْ فِتْنَةٌ اَوْيُصِيْبَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ.
"Maka hendaklah diawasi oleh mereka yang menyalahi perintahnya (perintah Allah dan Rasul) bahawa mereka akan ditimpa fitnah atau ditimpa oleh siksa yang pedih".
AN NUR, 24:63.

تَرَكْتُكُمْ عَلَى الْبَيْضَاء لَيْلُهَا كَنَهَارِهَا لاَيَزِيْغُ عَنْهَا بَعْدِيْ اِلاَّ هَالِكٌ.
"Aku telah tinggalkan pada kamu agama ini dalam keadaan putih bersih (jelas). Malamnya seperti siangnya yang tidak ada yang menyimpang daripadanya setelah (kewafatanku) kecuali menempah kehancuran".( H/R diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanadnya yang sahih.)

Berkata 'Abdullah bin 'Abbas: "Sesungguhnya perkara-perkara yang paling dibenci oleh Allah adalah bid'ah-bid'ah." (Dikeluarkan oleh Al-Baihaqiy dalam Al-Kubra 4/316)

Berkata Sufyan Ats-Tsauriy: "Bid'ah itu lebih disukai oleh Iblis daripada kemaksiatan, pelaku maksiat masih ingin bertaubat dari kemaksiatannya (masih diharapkan untuk bertaubat), sedangkan pelaku bid'ah tidak ada keinginan untuk bertaubat dari kebid'ahannya (sulit diharapkan untuk bertaubat)." (Dikeluarkan oleh Al-Laalikaa`iy 1/133 dan Abu Nu'aim dalam Al-Hilyah 7/26 dan Al-Baghawiy dalam Syarhussunnah 1/216)

Firman Allah subhanahu wa ta'ala: "Maka apakah orang yang dijadikan (syaithan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaannya itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaithan)?" (Faathir:8)

Berkata Ibnu Rajab:
"Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam: "(Kullu bid'atin dholaalah = semua bid'ah adalah sesat)" merupakan kata (qa'idah) yang menyeluruh dan tidak ada pengecualian sedikitpun (dengan mengatakan, "Ada Bidaah Hasanah", pent.) dan merupakan dasar yang agung dari dasar-dasar agama." (Jaami' Bayaanil 'Ilmi wa Fadhlih hal.549)

Berkata Ibnu Hajar:
"Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam: "(Kullu bid'atin dholaalah bermakna semua bidaah adalah sesat)" merupakan kaedah syar'iyyah yang menyeluruh baik lafaz maupun maknanya. Adapun lafazhnya, seolah-olah mengatakan: "Ini hukumnya bidaah dan semua bid'ah adalah sesat."

Maka, bidaah tidak termasuk syari'at, kerana semua syariat adalah petunjuk (bukan kesesatan, pent.), apabila telah tetap bahawa hukum yang disebut itu adalah bidaah, maka berlakulah "semua bidaah adalah sesat" baik secara lafaz maupun maknanya, dan inilah yang dimaksud. (Fathul Baary 13/254)


Kata Imam Syatibi:
Kalau ada bidaah hasanah, nescaya tidak ada bidaah dholalah, sebab semuanya anda kata hasanah.

Category:

Education

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 1 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (9)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • kenapa dia tak berbahas dengan ulamak

  • Bid'ah hanya dalam Ibadah SOLAT, seperti beberapa sahabat Rasulullah dalam satu Hadits Shahih Bukhari sbb;

    Solat Terawih berjamaah dengan satu Imam, Umar r.a berkata" inilah sebaik-baik bid,ah"

    Hasan berkata"Solatlah di belakang imam, dan dosa bid'ahnya menjadi tanggungannya sendiri"

    Ibrahim at-Taimi"... membuat bid'ah didalamnya atau melindunginya maka ia akan mendapat laknat dari Allah,malaikat dan manusia.Allah tidak akan menerima ibadah yg di lakukannya, baik ibadah wajib dan sunnah.

  • ndak payahlah saling menjelekkan macamtu, tiada jga Untung Buat Kita, yang ada makin mundurnya Umat muslim nie jika tak mau bersatu. Jadikanlah tambahan ilmu buat kita" yang masih Bodoh nie, kenapa setiap ada pemahaman yang bedza dengan kita selalu nak kita jelek"kan die, belum tentu kite nie betul; sangat. seberapelah ilmu kite nie, yang Perlu kita ketahui ( Tidak akan Selamat Umatku kecuali Perpegang dengan dua perkara Al-Quran & Alhadist ) Sudahkah kite melakukannya?

  • Bidaah yang paling besar sekali adalah meletakkan niat di dalam Takbiratulihrram. Inilah bidaah yang paling besar yang diamalkan oleh kebanyakan orang Islam yang sudah akhil baligh. Cuba ustaz bincangkan tengok.

  • @amirhensem07 sape kate wirid lpas solat bidah?

  • @The2kang Mat kalau kau tak tahu tentang agama jgn nak kutuk ustaz rasul dahri , dia lebih arif drpd kamu. yang tak tahu apa2 pun tentang agama . lebih baik kamu pergi belajar dulu baru nak komen , Ustaz itu bercakap merujuk Quran dan hadis sahih

  • Umat Nasrani percaya Nabi Isa itu anak Allah.

    Umat Islam percaya Hadis Nabi Muhd. itu perkataan Allah.

    "Apabila nama Allah saja diseru hati mereka yg tidak percaya akan

    hari akhirat berpaling keblakang

    tetapi bila nama selaian nama Allah di seru berserta Nya

    hati mereka menjadi tenang." (Az Zumar 39:45)

  • wahai saudara/isaaidanah,

    kalaupun insan ni tak memberikan fakta yg bertepatan, kita tak patut mencerca sesama ummat islam begini... ape gunenye cara hikmah yg diperkenalkan!

    tu lah sbbnye ramai umat islam patah hati dan menyalahkan satu sama lain.

    camner umat islam nk memebangun dan bersatu padu?

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more