Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

APAKAH MASYARAT ISLAM DI MALAYSIA TELAH MATANG BERFIKIR?

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
2,793
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jan 13, 2010

Umat Islam perlu membuat kajian dan penyelidikan dengan memerhatikan mana-mana negara Islam yang memiliki ulamak yang cuba merampas hak Allah swt pasti negara tersebut akan mengalami kehancuran. Amatlah malang jika negara Malaysia yang aman ini dihancurkan oleh Allah swt hanya disebabkan masyarakatnya menjadi ganas kerana mengikut sahaja tokoh agamanya tanpa melakukan penyelidikan (sikap suka meniru seperti kera) sehingga berlakunya penganiayaan dan pembunuhan.

Kekejian ini yang menyebabkan Nabi Muhammad saw juga menyifatkan segelintir ulamak tersebut sebagai khinzir kerana bergelumang dengan najis dosa akibat fitnah dan penganiayaan yang mereka lakukan. Para ulamak tersebut yang disifatkan oleh Baginda saw sebagai sehina-hina makhluk di bawah kolong langit. Nabi Besar Junjungan kita Muhammad saw bersabda:

Akan datang satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. Ulamanya akan menjadi wujud yang paling buruk di bawah kolong langit.Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tetapi akhirnya kembali kepada mereka juga (Baihaqi).

Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi( HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).

Sekilas pandang umat Islam wajar merasa sedih terhadap hadis tersebut tetapi sabda suci Baginda saw tersembunyi khabar suka kerana apabila umat Islam mula mengenal-pasti siapa sebenarnya punca kekalutan umat Islam bermakna mereka telah dapat membezakan kebenaran dan kepalsuan. Kebenaran tersebut yang akan membangkitkan umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan ajaran Islam versi para ulamak yang suka menabur fitnah. Apabila umat Islam dapat membebaskan diri mereka daripada menjadi pengikut para ulamak tersebut maka Allah swt akan mengubah nasib umat Islam untuk tidak lagi hanya tinggal nama dan Al Quran hanya tinggal tulisan malah masjid-masjid tidak akan kehilangan petunjuk dan ulama-ulama yang tadinya adalah makhluk sehina-hina di bawah kolongan langit berubah menjadi ulama pewaris nabi yang menyamai nabi-nabi Bani Israil.

Lihatlah betapa tinggi tingkat kerohanian para ulamak Nabi Muhammad saw sehingga mencapai tahap menyamai atau menyerupai Nabi-nabi Bani Israil. Sabda ini memperlihatkan tersembunyi satu kekuatan kerohanian yang sangat luar biasa yang dimiliki oleh umat Nabi Muhammad saw. Jika diteliti lebih mendalam ternyata tanda akhir zaman masyarakat Jahiliyyah adalah dengan turunnya Nabi Muhammad saw ke atas masyarakat Arab yang membawa mereka ke zaman kegemilangan. Berdasarkan corak tersebut jika dikaji tanda akhir zaman kemunduran Islam pula boleh dikaitkan dengan kedatangan Imam Mahdi yang akan memenangkan Islam sesuai dengan Sunnahtuallah dan janji Allah swt:




(Demikianlah) ketentuan Allah yang telah berlaku sejak dahulu dan engkau tiada akan mendapati perubahan bagi ketentuan Allah (Surah Al Fat-h:23)

Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya Dia memenangkannya atas sekalian agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi ( Surah Al Fat-h:28)

MATAHARI ISLAM TELAH TERBIT DI BARAT, PENGIKUT IMAM MAHDI TELAH MENIKAM JANTUNG DAJJAL UNTUK MEMATIKAN KEDAJJALAN MEREKA, MEMATAHKAN SALIB DENGAN MEMBONGKAR KESESATAN AKIDAH AGAMA KRISTIAN YANG MEMPERCAYAI TUHAN MEMILIKI ANAK YANG MASIH HIDUP DI ATAS LANGIT DAN AKAN TURUN KE BUMI. HANYA JEMAAT AHMADIYAH SAHAJA KELOMPOK ISLAM YANG BERPENDIRIAN BAHAWA NABI ISA AS YANG DIANGGAP SEBAGAI ANAK TUHAN TIDAK HIDUP DI ATAS LANGIT DAN TIDAK AKAN TURUN KE BUMI.

JEMAAT AHMADIYAH JUGA SIBUK MEMBUNUH BABI IAITU BERDAKWAH BAGI MENGHAPUSKAN GAYA HIDUP MASYARAKAT BARAT YANG BERGELUMANG DENGAN NAJIS DOSA.

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:

Uploader Comments (jariullah3)

  • Kpd pihak yang mengkafirkan dan menyesatkan Ahmadiyah, saya menghormati keberanian saudara-saudara tetapi jika saudara-saudara hanya mendengar dan membaca daripada sumber musuh-musuh Ahmadiyah maka saudara tidaklah bijak. Keberanian yang baik memerlukan kebijaksanaan. Oleh itu, saya mohon email kepada saya, agar saya dapat sertakan buku “ Penerangan Ahmadiyah” yang diterbitkan pada tahun 1956,jariullah3@gmail.com

  • kepada pihak-pihak yang telah memberikan komen dan yang telah menyesatkan Jemaat Ahmadiyah, kami memohon agar diadakan muzakarah terbuka dengan pihak kami, berilah kami peluang untuk membela diri terhadap segala tuduhan-tuduhan tuan-tuan dan puan-puan. Kos dewan dan catering biar kami yang tanggung. sila hubungi tuan Ainul (013-2066865) bagi mengadakan muzakarah terbuka tersebut.

see all

All Comments (3)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • bagus video ni...

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more