Uploaded by nasiruddien on Sep 7, 2007
Muhammad Surur adalah seorang hizbi takfiri, sentiasa mengembangkan fahaman Ikhwaniyah Misriyah, Qutubiyah dan Takfiriyah berbaur Sururiyah Sufiyah.
(Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan. Hlm. 124, Abulssallam bin Salim bin Raja as-Suhaimi.)
Antara orang-orang yang telah berjaya diperalat oleh Muhammad Surur yang berlindung di bawah aktiviti organisasi kebajikan Ihya ut-Turas al-Islamiyah mereka adalah: Anak watan Arab Saudi Salman bin Fahd al-Audah dari Buraidah Qasim, Dr. Safar al-Hawali dari Mekah dan Dr. Muhammad Said al-Qahtan dari Riyad kemudian didokong oleh Abdul Hadi al-Misri, Aidh al-Qarni dan beberapa orang lagi yang fanatik buta kepada Muhammad Surur dan diayahnya.
Umar at-Tilmisani (Mursyid ketiga setelah Hasan al-Banna) berkata:
"Fadilat Syeikh Muhammad al-Qummi salah seorang ulama besar dan tokoh ulama besar Syiah merangkap pemimpin Syiah telah diundang ke markas umum Ikhwanul Muslimin. Ia berada dalam waktu yang agak panjang di situ. Sebagaimana juga sudah dimaklumi bahawa Imam Hasan al-Banna telah membuat pertemuan dengan tokoh utama Syiah Ayatullah al-Kasysyani dimusim Haji tahun 1948M hingga membentuk kesatuan fahaman antara Syiah dengan Ikhwanul Muslimin".
(Lihat: Limaza Ughtila Hasan al-Banna, hlm. 32. Lihat: Nukilan dari Ikhwanul Muslimin fi-Mizan.)
Tilmisani berkata:
"Pendekatan antara Syiah dan Sunnah merupakan kewajipan para fuqaha' masa kini. Beliau berkata lagi: Maka merupakan kewajipan para fuqaha' untuk menubuhkan pemikiran taqrib (pendekatan Syiah dan Sunnah) guna membina masa depan kaum muslimin yang gemilang".
Bantahan saya: Bagaimana boleh melakukan pendekatan sedangkan Syiah mengharamkan lelaki Sunnah (Sunni) bernikah dengan wanita Syiah dan begitulah sebaliknya.
Dr. Izzuddin Ibrahim berkata:
"Aku ikut terlibat dalam usaha kumpulan ini (pendekatan antara Sunnah dan Syiah) atas berkat al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna yang berpendapat bahawa kaum muslimin sama ada Sunni atau Syiah adalah umat yang satu. Kitab sucinya satu, rasulnya satu, menetapkan halal dan haram juga satu, sistem siyasahnya satu, sistem ekonominya satu, sistem sosialnya satu, daulahnya satu begitu juga dalam rangka membersihkan alam dari kezaliman, ketidakadilan, kepalsuan yang dilakukan oleh dua kuasa besar. Maka Sunni dan Syiah semestinya bersatu dalam menghadapinya".
(Lihat: Mauqif Ulama Muslimin Min asy-Syiah wa-Saurah al-Islamiyah hlm. 35.)
Bantahan saya: Ini hanyalah suatu diayah. Syiah tidak pernah mengiktiraf kitab-kitab hadis Ahli Sunnah seperti Sahih al-Bukhari, Muslim, Turmizi dan lain-lainnya. Mereka hanya mengiktiraf kitab al-Kafi oleh Kulaini dan menolak al-Quran kerana hanya berpegang kepada Mushaf Fatimah.
Sedarlah bahawa Syiah akan sentiasa mengirim dan mengeluarkan ramai pendakwah mereka untuk mentadlis, makr, talbis dan menyelewengkan akidah Ahli Sunnah. Ramai tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin merelakan diri mereka diperalat oleh Syiah. Antara tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan orang-orang yang mempertahankan Ikhwanul Muslimin yang diperalat oleh konspirasi Syiah ialah: Subhi Saleh, Dr. Abdul Karim Zaidan, Muhammad al-Ghazali, Muhammad Abu Zahrah, Dr. Mustafa as-Syeikh, Hasan Aiyub, Hasan at-Turabi, Fathi Yakan, Zainab al-Ghazali, Umar at-Tilmisani, Yusuf al-Azham, Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi.
Antara bukti dari sekian banyak bukti ialah usaha bersungguh-sungguh mentaqrib (menyatukan) antara Syiah dan Sunnah oleh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin melalui Daarut Taqrib. Sehingga Syiah berjaya memperolehi fatwa dari Syeikhul al-Azhar Muhammad Syaltut untuk memberi ruang kepada Syiah Rafidhah dalam bidang fiqh, usul fiqh, tarikh, mustalah hadis dan perawi-perawinya di Universiti al-Azhar.
Nawab Syafawi telah menyampaikan pidatonya di hadapan sekumpulan pemuda-pemuda Syiah dan Sunnah yang ramai. Beliau menjelaskan:
"Barangsiapa ingin menjadi penganut Syiah Ja'fariyah yang tulin maka hendaklah bergabung ke dalam barisan Ikhwanul Muslimin".
(Lihat: Mauqif Ulama Muslimin. Hlm. 15.)
-
16 likes, 9 dislikes
10:02
Mengapa saya menulis tentang Ikhwanul Muslimin (4/5)by nasiruddien14,993 views
6:41
Komen Pegawai Aqidah Jakim berkenaan Hubungan Ust Zamihan Mat Zin dengan Syiahby intisurus9,748 views
2:02
ISPSP S19 : S6. Kesesatan ikhwanul muslimin ?by paradiseewood38,638 views
10:02
Mengapa saya menulis tentang Ikhwanul Muslimin (1/5)by nasiruddien25,160 views
4:50
Hassan Al Bannaby mediaisma35,252 views
9:13
Definisi Negara Islam / Mengkafirkan Pemerintah Islam (1/3)by nasiruddien20,674 views
10:12
HASSAN AL BANNA DAN IKHWANUL MUSLIMINby haidiryusof21,250 views
0:28
ikhwanul musliminby ikhwanurone7,195 views
10:00
الاخوان المسلمون..فيلم قصير Short film on Muslim Brotherhoodby klooob70,207 views
3:04
Aik? Syiah Malaysia Diajar Teknik Taqiyyah Cara Iran?by janganketawa2,119 views
7:05
Rasul Dahri Bantai Asri Iby roslank62,178 views
2:55
Ulama Sunni Fathi Yakan: Kemenangan Hizbullahby sinintrayayi7,307 views
14:26
Ustaz Fathul Bari - Ikhwanul Muslimin dan Krisis Mesir 1/4by atsary8,820 views
8:41
Puak Syiah Di Malaysiaby bolos501123,290 views
9:16
Manhaj Salaf Akidah Salaf (7/8)by nasiruddien6,568 views
2:48
Al Jazeera interviews Hassan al-Turabi - 03 Sept 07by AlJazeeraEnglish128,294 views
10:01
Mufti Kuala Lumpur - Syiah Tiada Kaitan Dengan Ahlul Bayt [1/5]by 98hardi1,000 views
10:27
Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf (2/5)by nasiruddien51,726 views
10:41
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Fahaman Hululiahby fuadsyazwan3,104 views
6:00
Erti Islam dan Muslim Diriby hasrizalabduljamil2,933 views
- Loading more suggestions...
All Comments