Pertandingan nyanyian Bintang Idola Berita Harian (BIBH) Zon Lembah Klang sempena siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di sini, semalam, mendapat sambutan lebih 100 peserta.
Penyertaan itu membolehkan pertandingan yang dianjurkan di pusat beli-belah Klang Parade itu muncul acara paling ramai disertai bakat baru selepas pertandingan sama di Sungai Petani pada 5 dan 6 Mac bagi Zon Utara, Kemaman (12 & 13 Mac, Zon Pantai Timur) dan Johor Bahru (20 & 21 Mac, Zon Selatan).
Seramai 15 peserta layak ke peringkat akhir zon berkenaan yang akan diadakan di tempat sama, bermula jam 10 pagi ini. Pemenang BIBH siri jelajah Lembah Klang akan bersaing bersama pemenang tiga siri jelajah sebelum ini untuk merebut trofi juara BIBH, esok.
Klang menjadi destinasi terakhir siri jelajah ABPBH 2009, sebelum acara kemuncak di Arena of Stars, Genting Highlands, 4 April ini.
www.nst.com.my
www.bharian.com.my
Link to this comment:
All Comments (0)