Subuh tadi Nilai Impian digemparkan dengan kejadian pecah rumah. Menurut beberapa sumber yang ditemui, mereka berkata yang yang terletak di Laman Jasmin (berhadapan dengan rumah Hj Maamor) telah dimasuki pencuri dan pencuri tersebut telah terperangkap akibat dikepong oleh pihak polis.
Pihak polis yang tiba dengan tiga kereta unit peronda cuba memasuki rumah tersebut. Bagaimanapun gagal kerana iannya berkunci. Salah seorang anggota polis cuba memanjat melalui jejari besi dan dapat naik ke tingkat atas.
Setelah memanggil tuan rumah berkali-kali, akhirnya tuan rumah membuka pintu dan pihak polis masuk ke dalam dan membuat pemeriksaan. Setelah ditanya kepada pihak polis, mereka memberitahu tuan rumah hanya phobia sahaja.
Link to this comment:
All Comments (0)