Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Malaysia Dikemudi Orang Yang Salah (Full HD) Created by Naspazi

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
798 views
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Dec 10, 2011

PERJANJIAN SYAITAN UNTUK MENDARAT DI NERAKA
Oleh Naspazi | Saturday | August 28 | 2010
http://naspazi.multiply.com/journal/item/492

Betapa jasa, bukan penanda aras untuk tidak mewajarkan perubahan kepimpinan dan kerajaan. Sementelahan, dalam usaha menukar pemerintah dan kerajaan dalam negara yang mendakwa demokrasi bukan suatu pengkhianatan yang layak untuk dihantar ke tali gantung.

Saya juga percaya bahawa, seseorang pemimpin mestilah atau wajiblah mempamerkan contoh tingkah laku moral yang terbaik kepada masyarakat kerana najis tidak boleh membersihkan najis. Saya juga yakin bahawa, setiap pemimpin, bahkan setiap orang yang sanggup menipu dirinya sendiri, sudah pasti sanggup juga untuk menipu orang lain.

Dengan kata lain, kuasa yang dimiliki atas dasar penipuan dan ugutan semasa dalam proses mencapai kuasa tersebut, seperti menipu undi dalam pilihanraya, mengugut dan menggertak para pengundi supaya mengundi melayu UMNO, sudah pasti pimpinan melayu UMNO sanggup juga untuk menipu, mengugut dan menggertak masyarakat semasa mereka menggunakan kuasa yang telah mereka genggam hasil dari mandat rakyat yang mereka telah tipu, ugut dan gertak sebelumnya.

Natijahnya ialah, kerajaan Malaysia yang dibentuk atas dasar penipuan, ugutan dan gertakan semasa pilihanraya bukan lagi cerminan dari ketulusan akal budi masyarakat sebagaimana yang dinyatakan oleh John Stuart Mill (1806-1873) bahawa, standard kerajaan sesebuah negara adalah ukuran dari standard pemikiran warganegaranya yang memberi mandat kepada pimpinan atau penguasa yang membentuk kerajaan.

Justeru, dengan meneruskan kewujudan melayu UMNO di Sabah hanya akan menjadi parasit kepada warga tulen Sabah. Bahkan, lebih bijak seseorang melayu UMNO itu, atau individu yang menjadi proksi kepada melayu UMNO itu, nescaya mereka akan lebih berjaya dalam penipuan melampau mereka terhadap warga tulen Sabah.

Sesungguhnya agama Islam yang dijadikan alat propaganda oleh melayu UMNO, bagi menghalalkan pemberian kad pengenalan (projek) kepada pendatang haram, walaupun seakan suatu yang istimewa dalam konteks kepercayaan beragama, namun ianya tetap menjadi suatu pemecahan sejarah yang mencabar keharmonian kontrak sosial dan kebijaksanaan leluhur warga tulen Borneo, sebagaimana yang telah ditentukan dasarnya dalam 'Dokumen Perjanjian 20 Perkara' yang juga menjadi asas kepada pembentukan Malaysia, namun akhirnya, warga tulen Sabah dengan mudah telah menjadi korban penipuan tidak terhingga oleh melayu UMNO.

Sejak pembentukan Malaysia, melayu UMNO juga telah menganggap Sabah hanya sebagai harta mereka untuk dieksploitasikan semahu-mahunya. Tatkala beberapa orang talibarut melayu UMNO di Sabah disogok dengan kekayaan, sedangkan warga marhaen tulen Sabah dipaksa meneruskan hidup di tengah-tengah pemerasan paling sedih oleh tuan barunya yang bernama melayu UMNO serta proksinya.

Darah warga marhaen tulen Sabah juga telah dihisap oleh kezaliman melayu UMNO, dengan melihat warga pendatang haram lebih berhak dijaga atas nama kepentingan agama Islam. Justeru, hakikatnya adalah demi kelangsungan politik melayu UMNO yang begitu menjijikkan. Dan akhirnya, 'Dokumen Perjanjian 20 Perkara' hanya menjadi persetujuan warga tulen Sabah dengan syaitan untuk mendarat di neraka.

PRIBUMI SABAH BIAR ADA HARGA DIRI
UMNO SARJANA AGUNG DALAM MENIPU
REMPUH MELAYU UMNO SAMPAI JATUH
- Naspazi

  • likes, 1 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (0)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more