Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Ribut Di Bazar Ramadan Jasin Melaka

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
23,477
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon
Ratings have been disabled for this video.

Uploaded by on Aug 15, 2010

JASIN: Kejadian ribut melanda bazar Ramadan di pekarangan Stadium Jasin yang turut mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan 18 yang lain, petang kelmarin, menyebabkan sebahagian besar daripada 80 peniaga di situ trauma dan bercadang berpindah ke tapak baru.

Berikutan itu, persatuan peniaga dan penjaja bazar berkenaan semalam mengesyorkan perkara itu kepada Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang kemudian bersetuju menyediakan tapak baru di Bandar Baru 3 Jasin, yang dijangka mula beroperasi esok.

Yang Dipertua MPJ, Murad Husin, berkata meskipun tapak baru berhampiran Pejabat Perpaduan Jasin itu agak kecil dan hanya boleh menempatkan kira-kira 56 peniaga, pihaknya tidak menghalang jika ada peniaga mahu kembali ke tapak asal yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ.

"MPJ juga sudah menyerahkan ganti rugi RM500 kepada setiap peniaga yang menanggung kerugian akibat tragedi semalam (kelmarin).

Seramai 15 pengunjung yang cedera ringan juga masing-masing diberi bantuan RM500 yang disumbangkan kerajaan negeri," katanya, di sini semalam.

Sementara itu, tinjauan awal pagi semalam mendapati pekerja MPJ dan SWM Environment Sdn Bhd sibuk membersihkan kotoran serta sisa makanan yang bertaburan di tapak bazar berkenaan sehingga kira-kira jam 2 pagi.

Kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu menyebabkan peniaga cendol, Abdul Omar, 70, dari Batu 16, Kampung Ayer Merbau; peniaga kuih, Mahadi Mohamad, 40, dari Jerteh, Terengganu dan kini menetap di Batu 15, Ayer Merbau serta seorang pengunjung, Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim, terbunuh, manakala 18 yang lain cedera.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut melawat keluargamangsa malam semalam sambil menyampaikan sumbangan RM3,000.

Sementara itu, penduduk, Rahayu Budiman, 50, berkata peminat cendol di Jasin kehilangan seorang peniaga yang begitu pemurah kerana Abdul Omar terkenal dengan sikapnya yang kerap memberikan cendol tambah percuma kepada pelanggan.

Isteri Allahyarham, Saleha Husin, 55, ketika ditemui, berkata beliau enggan meneruskan perniagaan cendol suaminya itu selepas sedih dengan tragedi yang tidak diduga itu.

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (7)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • kadang2...ada peniaga yang asyik nak ambil kesempatan...nak cekik darah...nak untung pun agak2 lah...cari rezeki biar cara yg halal...baru berkat...kalau menipu tak selamat...dunia dan akhirat...mampukah anda minta maaf dgn semua pembeli...yang tertipu...di dunia lagi Allah dah tunjuk...satu peringatan...

  • ambil iktibar dari apa yg terjadi.. semestinya ada yg tersirat dan tersurat....hanya tuhan saja yang tau...cuba kita renungkan sejenak? kejadian berlaku di bulan ramadhan?...tempat kejadian pula..??? kawasan yg teruk terlibat pula, betul2 di kawasan tempat bazaar ramadhan...cuba fikir...cuba renung....tuhan maha kuasa dan maha mengetahui segalanya...

  • tuhan dh murka kpd rakyat m,sia yg kebykkn nya nama je islam tp x mau sokong hudud,, sedangkn hudud itu hukum tuhan yg wajib dilaksanakn,,

  • takziah diucapkan kpd mereka yg terlibat....

  • astargfirullah. meremang bulu roma aku satu badan tngok video ni.

    mintak dijauhkan. harap yang mana terlibat, bayak kan bersabar. ini semua dugaan Allah pada bulan ramadhan ni.

  • semoga kita semua dapat ambil iktibar dari kejadian ini...

  • Kepada keluarga mangsa, banyak kan bersabar....

Loading...
Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more