Seorang Pemidato hebat adalah juga merupakan seorang pakar motivasi yang hebat. Seorang pemidato perlu menyesuaikan pidatonya mengikut kategori audien samada terdiri kanak-kanak, pelajar sekolah, golongan dewasa, golongan orang intelek dan orang-orang yang telah berumur . Ini adalah kerana bagi seseorang pemidato sentiasa berpegang kepada falsafah Orang yang bijak bercakap kerana ada sesuatu yang hendak disampaikan sedangkan orang yang kurang bijak bercakap hanya semata-mata ingin bercakap dan juga berpegang kepada prinsip Apa yang hendak anda perkatakan itu tidak penting yang lebih penting adalah cara anda penyampaian.
Di dalam pidato cara penyampaian amat dititik beratkan . Tidak ada makna sekiranya pidato tersebut penuh dengan fakta ataupun bercorak keintektualan yang tinggi akan tetapi begitu membosankan untuk didengar . Di sinilah pentingnya teknik-teknik pidato dipelajari agar para audien rasa terpukau, tertarik dan berjaya memikat pendengaran audien agar terus mendengar apa yang hendak diperkatakan.
Ciri-ciri seorang pemidato berdiri untuk dihargai, dihayun adalah tangan, dilangkah adalah kaki, diresapi adalah hati dan dimengertikan adalah akal.
Justeru itu untuk menyampai sesuatu perkara kepada kanak-kanak adalah amatlah sukar, ini adalah kerana jika kena pada caranya mereka tidak dapat menumpukan sepenuh kepada apa yang hendak diperkatakan.
Di dalam pidato ada berbagai-bagai teknik yang boleh dipelajari oleh seorang pemidato seperti teknik selingan rapi, teknik penceritaan, teknik buang alas dan lain-lain. Semua teknik-teknik tersebut perlu di gunakan agar pidato tersebut dapat disampaikan dalam suasana ceria, gembira dengan menyampaikan cerita dan jenaka contohnya agar kanak-kanak terus memberi tumpuan sepenuhnya..
Link to this comment:
All Comments (0)