Sinopsis Putri Yang Terbuang Episod 48:
Putri menangis kesedihan kerana Raja memilih untuk bersama ibunya, Asti. Asti, Yudi dan Linda gembira kerana Raja telah kembali untuk tinggal bersama mereka. Suara hati Raja berkata bahawa dia memilih ibunya kerana ibunya yang mula-mula memberinya cinta dan dengan cinta itu dia dapat bertemu dengan Putri dan jatuh cinta kepadanya.
Asti meminta izin untuk tidur di pengakuan Raja untuk semalam kerana dia ingin memastikan bahawa Raja telah benar-benar kembali ke pangkuannya.
Carlos memberi amaran kepada Putri bahawa dia tidak boleh lagi berhubung dengan Raja mulai saat itu dan Carlos juga tidak mengaku Raja sebagai anaknya lagi sejak dia memilih untuk tinggal bersama dengan ibunya, Asti. Putri seperti tidak percaya apa yang telah didengarnya kerana selama ini Raja telah dijaga dan dididik mereka seperti anank kandung dan kini Carlos tidak mahu mengaku Raja sebagai anaknya dengan begitu cepat.
Putri begitu rindukan Raja dan dia meninggalkan rumah untuk teruskan pencarian Raja. Malangnya dia tidak tahu ke mana Raja telah pergi kerana kediaman lama Raja telah disita. Susan mendapati Putri telah meinggalkan sepucuk surat mengenai pemergiannya untuk mencari Raja dan dia begitu sedih dan berasa kesepian tanpa Putri di sisinya.
Susan memberitahu Carlos dia ingin pergi dari situ sahaja. Hidupnya penuh kesepian tanpa Putri. Dia juga memberitahu Yuna tujuan dia tinggal di rumah mereka adalah kerana dia ingin berada di samping Putri. Menurut Yuna lagi, mereka terpaksa melakukan semua itu demi Putri.
Susan mengucapkan selamat tinggal kepada Carlos dan Yuna dan dia bercadang untuk teruskan pencarian Putri walau ke hujung dunia, menurutnya lagi. Setelah Susan meninggalkan rumah mereka, Carlos memberitahu Yuna kemungkinan semua itu adalah lakonan Susan sahaja. Dia juga berkata bahawa Putri pasti kembali ke pangkuan mereka.
Dalam perjalanan, Carlos ternampak Raja dan dia terus turun dari keretanya dan memukul Raja. Dia tidak membenarkan Raja memanggilnya papa lagi dan memberi amaran kepada Raja supaya berjauhan dari Putri. Sekiranya dia lihat Raja dekati Putri, dia akan menghancurkan hidupnya.
tubik air mato kawe ni...
wms1264 2 years ago 2